Tuesday 25 September 2012

STRATEGI PENGAJARAN MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG

KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU
Strategi Pengajaran Menggunakan Laman Sesawang

Bahagian 1:
1.0  Latar Belakang Tajuk
Sherry pada tahun 1996 menjelaskan bahawa pendidikan berasaskan laman sesawang (web) semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses dari mana jua. Pencapaian kepada internet melalui laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas merangkumi pelbagai disiplin. Fenomena ini juga dapat mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai keupayaan mengakses dan kemhiran menggunakan teknologi ICT. Kenyataan ini disokong oleh Haslinda Abu Hassan pada tahun 2000 yang menyatakan pembelajaran masa kini adalah sebagai satu proses yang berterusan dan tidak terbatas dalam satu konteks sahaja.
Laman sesawang merupakan salah satu cara untuk memaparkan maklumat kepada masyarakat global walau di mana mereka dapat mengakses internet. Pembangunan laman sesawang yang menggunakan bahasa HTML atau Hypertext Markup Language berasaskan kepada tatacara permintaan dan tindak balas terhadap paparannya di mana ia adalah piawai bagi web mengenal dan membuat dokumen hypermedia.
Pengajaran berasaskan laman sesawang atau laman web (WWW) boleh dilihat sebagai pendekatan inovatif bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang jauh dengan menggunakan web sebagai bahan perantara. Menurut Smith dan dan Ragan (1993), “Pengajaran ialah penyampaian maklumat dan aktiviti bagi memudahkan pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran yang spesifik” dan bahan perantara merupakan komunikasi mesej pengajaran. Justeru, definisi “Pengajaran Berasaskan Laman sesawang” ialah program pengajaran berasaskan hypermedia yang menggunkan atribut dan sumber WWW bagi mereka cipta dan mendukung suasana pembelajaran bermakna.
Penggunaan laman sesawang menyediakan peluang unik dan cabaran baru berbanding pengajaran di bilik darjah tradisional. Pelajar tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai sumber maklumat melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah sekolah. Pelajar boleh mengakses maklumat di seluruh perpustakaan yang ada di dunia.
Duchastel dan Turcotte (1977) pula menyatakan bahawa komunikasi melalui internet boleh dibahagikan kepada tiga kategori am, iaitu akses kepada maklumat khusus kepada WWW, komunikasi asinkroni melalui e-mel dan komunikasi secara langsung melalui IRC serta siding video.
Quinlan (1977) menerangkan terdapat tiga fungsi penggunaan web, iaitu komunikasi (kebolehan untuk berkomunikasi antara sekolah dan komuniti), mengakses maklumat (kebolehan mengakses dan menggunakan maklumat), dan perkongsian sumber (kebolehan berkongsi dan menyebarkan sumber maklumat kepada yang lain untuk mengakses dan menggunkannya).
Dryli dan Kinnaman (1996) berpendapat bahawa WWW boleh membantu pelajar mencapai matlamat asas pendidikan seperti perkembangan kemahiran asas yang kukuh, kepakaran isi kandungan, berfikiran kritis dan kreatif, koloboratif dan koperatif, menggunkan strategi penyelesaian masalah, berfungsi sebahagian  daripada komuniti dan penglibatan pembelajaran sepanjang hayat.
Brack (1996) dalam kajian beliau yang menunjukkan laman sesawang (WWW) berkesan dalam pembelajaran dengan mengenal pasti kaedah pautan bagi mencari maklumat. Bahan-bahan pengajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil (chunks), dan peta konsep serta jadual isi kandungan turut digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar berpuas hati dengan cara pebelajaran tersebut. Pelajar tidak mudah hilang kosentrasi dan dapat menguasai dan memberi tumpuan pembelajaran, berfikir secara mendalam berbanding penggunaan cara tradsional.
2.0  Konsep Pengajaran
3.0  Ciri-ciri Pengajaran
Laman sesawang dalam pendidikan sememangnya merupakan suatu elemen baru dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaedah tradisional yang diamalkan. Perbezaan ketara terhadap proses pembelajaran melalui laman sesawang dan proses pembelajaran tradisional adalah media yang digunakan. Melalui aplikasi laman sesawang dalam pendidikan, penggunaan media interaktif sememangnya satu perkara yang paling membezakannya dengan kaedah tradisional. Selain itu, pembelajaran melalui laman sesawang melibatkan faktor ruang dan sempadan yang tiada batasan serta berupaya menjadikan proses pembelajaran melalui laman sesawang satu proses yang berkesan dan efektif.
Berikut merupakan ciri-ciri pengajaran berasaskan laman sesawang:
1.    Interaktif
Melalui kaedah pembelajaran melalui laman sesawang, suatu aspek yang penting adalah penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan sama ada sesama pelajar sendiri mahu pun berinterksi dengan guru mereka. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui laman sesawang akan menjadikan suatu perubahan paradigma terhadap komunikasi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar mahu pun antara guru dengan guru. Penglibatan aktif ini juga merangkumi kebolehan pelajar mengawal maklumat yang diterima dan memberi serta menerima maklum balas tentang pengetahuan yang disampaikan.

2.    Multimedia
Kursus pengajaran berasaskan laman sesawang direka bentuk khas bagi memenuhi gaya pembelajaran pelajar dengan mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya.
3.    Sistem terbuka
Pengajaran berasaskan laman sesawang merupakan system terbuka. Pelajar boleh bergerak di luar daripada suasana pembelajaran daripada system tertutup  seperti buku, CD-ROM yang telah dikenal pasti oleh pereka bentuk.
4.    Pencarian dalam latihan
Pelbagai jenis enjin pencarian yang berkaitan dengan kandungan kursus dan penyelidikan projek yang terdapat dalam internet.
5.    Akses secara global
Maklumat dan sumber di seluruh dunia boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja di dunia, asalkan dia dihubungkan kepada internet. Fungsi pepustakaan digital ini membolehkan pelajar mengakses maklumat berdasarkan jenis maklumat dan pada masa yang bersesuaian mengikut keperluan dan kehendak mereka secara tidak linear.  Untuk pencarian maklumat meskipun bagi sejumlah kecil seperti ensiklopedia mahu pun kamus amat mudah dilakukan hinggalah menjangkau bagi mendapatkan jumlah maklumat yang lebih besar dan banyak hanya memerlukan hamparan elektronik laman sesawang sahaja asalkan kemahiran mendapatkan maklumat melalui cara ini dikuasai.
6.    Penerbitan elektronik
Web menyediakan mekanisme yang mudah untuk penerbitan elektronik. Kedua-dua pengajar dan pelajar boleh mengarang dan mencetak kerja mereka secara global (Sherry, 1996). Penghantaran projek pelajar dan kerja-kerja lain pelajar boleh digunakan sebagai model, perbincangan, atau bahan yang boleh dilihat kembali dalam pengajaran berasaskan laman sesawang (Bannan dan Milhelm, 1997). Laman sesawang bertindak sebagai kuasa motivasi bagi menabahbaikkan tenaga dan konsep kendiri (Kearsley 1996).
7.    Keselarasan sedunia
Standard yang terbuka dalam laman  sesawang membolehkan seseorang di dunia ini mereka cipta dan menghantar dokumen dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan dan alamat internet yang standard. Laman sesawang menggunakan bahasa pengaturcaraan yang biasa, iaitu HTML yang fleksibel dan berfungsi merentasi pelbagai pelantar dan boleh diakses di seluruh dunia. URL satu system alamat yang boleh diakses secara meluas dalam internet.
8.    Sumber dalam talian
Laman sesawang menyediakan akses yang serta-merta dan tidak terhad kepada sumber dalam talian. Akses kepada pembangunan dan penemuan baru boleh didapati serta-merta kepada pelajar. Entri terkini tercatat dalam laman sesawang.
9.    Interaksi silang-budaya
Pengajaran berasaskan laman sesawang menyediakan satu perantara yang membolehkan pelajar dan guru berkomunikasi dalam talian dengan pelbagai sumber dari merata-rata dunia. Pelajar bukan sahaja mendapat keuntungan daripada pelbagai pandangan perspektif berkenaan kandungan subjek tetapi juga mewakili budaya mereka masing-masing. Keupayaan merayau dan belajar tentang budaya masing-masing boleh dipermudahkan melalui internet.
10.  Pelbagai kepakaran
Kursus pengajaran berasaskan laman sesawang mengambil kelebihan pelbagai sumber yang terdapat dalam laman sesawang yang disediakan oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang. Komuniti elektronik boleh menyediakan pelbagai perspektif daripada luar kepakaran sehingga tenaga pengajar jemputan. (Bannan dan Milheim 1997)
11.  Sokongan industry
Pembina pengajaran berasaskan laman sesawang ini boleh mengakses maklumat dengan sebarang perkakasan dan perisian laman sesawang  kerana setiap syarikat mempunyai tapak web masing-masing. Kebanyakan aplikasi internet boleh dimuat turun secara percuma dan boleh diguna pakai dalam tempoh masa tertentu.
12.  Kawalan pelajar
Laman sesawang memudahkan pembelajaran demokratik, iaitu apakah sepatutnya dipelajari, cara ia dipelajari, dan urutan cara ia dipelajari.
13.  Keselesaan
Pengajaran berasaskan laman sesawang selesa kepada pelajar, guru dan sekolah. Pelajar boleh mendaftar kursus, membuat kerja kursus, mengendalikan penyelidikan, dan berkomunikasi dengan instruktur melalui internet tanpa perlu mengembara secara fizikal. Guru boleh mengemaskini bahan pelajaran dengan mudah, menyediakan panduan dan sokongan melalui kedua-dua cara asinkroni dan sinkroni tanpa terikat kepada suasana bilik darjah dan waktu pejabat. Sekolah yang mendukung system secara talian boleh menguruskan kehadiran pelajar, dan keputusan peperiksaan melalui internet  dan mengurangkan kos operasi dan pengambilan tenaga sumber manusia. Walau bagaimanapun, mengakses laman sesawang, meuat turun fail multimedia dan mengubahsuai perantara baru kadangkala agak mencabar kepada seseorang guru.
Mudah digunakan
Suasana hypermedia dalam pengajaran berasaskan laman sesawang membenarkan pelajar merayau  dan menemui bahan yang sesuai dengan keperluan individu.
14.  Berkesan
Pengajaran berasaskan laman sesawang amat berkesan kepada pelajar, guru dan sekolah. Pengjaran tidak perlu dicetak dan diedarkan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini mungkin kurang berkesan bagi sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan computer dan internet.
15.  Pembelajaran kolaboratif
Satu ciri yang ketara dalam aspek pembelajaran berasaskan laan sesawang adalah bentuk pembelajaran kolaboratif atau pembalajaran secara berkumpulan yang sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri dalam konteks pendidikan. Kaedah pembelajaran kolaboratif melalui laman sesawang dapat membentuk dan menggalakkan kerjasama pelajar dalam memenuhi tugasan akademik berdasarkan kepada konsep perbincangan. Pembentukan kumpulan kerjasama sama ada dalam komuniti berpasangan mahu pun komuniti kecil dapat membantu pelajar memenuhi matlamat pengajaran dan pembelajaran dengan objektif yang jelas
16.  Medium komunikasi
Letusan internet melalui laman sesawang dalam aspek pembelajaran juga merupakan satu medium komuniaksi dan sebagai memenuhi sifatnya yang merangkumi jaringan interaktif. Jaringan ini mewujudkan internet sebagai sebuah perpustakaan virtual terbesar melalui penyebaran maklumat berbentuk digital. Maklumat-maklumat dalam laan sesawang yang berbentuk bit akan sentiasa dikemaskini malahan dapat diubah bentuk oleh pelajar dalam bentuk bercetak sekiranya kaedah ini diperlukan. Pelajar dapar memanfaatkan kebaikan internet dan persembahan melalui laman sesawang untuk mengumpullkan sebanyak mana maklumat dan pengetahuan bagi memenuhi tuntutan dalam pembelajaran secara online  yang menyokong perolehan pengetahuan melalui cara ini.



4.0  Kelebihan dan Kekurangan Strategi
Kelebihan:
1.    Hiperteks menyediakan bentuk termudah interaksi pengguna serta membolehkan pengguna mengawal maklumat. Mengklik pada teks hipertaut atau imej akan membawa anda kepada laman lain atau imej lain yang terdapat dalam computer  atau computer lain di seluruh dunia.
2.    Penyampaian multimedia dapat disampaikan kepada laman sesawang melalui pelayan grafikal. Gambar foto boleh didigitalkan, begitu juga audio, video, dan animasi boleh disampaikan kepada ramai pengguna tanpa menjejaskan kualitinya dengan penggunaan yang berulang kali.
3.    Interktiviti sebenar melepasi laman sesawang statik dan menghubungkan laman lain bagi mencipta interaktiviti sebenar dengan penukaran maklumat antara pengguna dengan pelayan. Borang merupakan interaktiviti yang mudah dan membolehkan pengguna memindahkan data kepada pelayan, misalnya mengisi jawapan ujian. Skrip CGI boleh digunakan untuk maklum balas kepada pengguna, misalnya menghantar markah atau keputusan ujian kepada pengguna secara talian.
4.    Penyebaran pelantaR secara bersilang. Pengguna tidak perlu risau lagi sama ada menghasilkan program versi Macintosh, DOS, atau Windows. Pengguna komputer boleh bertempat di dalam atau di luar kampus, di laur negeri, atau di mana-mana sahaja. Laman sesawang membolehkan pengguna mengakses mana-mana program selepas membayar yuran tanpa perlu memasangnya. Penyemak lewa menyediakan antara muka yang mudah dipelajari dan mudah mencari untuk mendapatkan maklumat.
5.    Laman sesawang membolehkan integrasi tanpa sempadan, iaitu pengajaran dari mana-mana tapak. Misalnya, pengajaran satu terdapat di California dan pengajaran dua terdapat Switzerland. Hal ini dapat embangunkan konsortia yang kaya dan keistimewaan bersilang bagi program pengajaran.
6.    Mudah mempertingkatkan dan mengembangkan program laman sesawang. Maklumat baru mudah dimuat turun  bagi menghasilkan bahan pengajaran yang ke hadapan daripada maklumat dalam buku teks.
7.    Keluwesan penggunaan. Ini bermaksud pengguna dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa dan teknik juga dalam keadaan yang tidak formal. Ia dapat diakses sama ada menggunakan secara dalam talian atau di luar talian; mencetak atau menyimpan seta menggunakan teknik ‘copy and paste’ untuk membina sesuatu bahan.
8.    Kos efektif. Bahan

   Kekurangan:
1.    Pelayan dan pelantar yang berbeza memaparkan secara berlainan pada skrin sehingga menghasilkan keputusan yang berlainan. Versi yang berlainan juga menghasilkan output yang berlainan pada skrin.
2.    Pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya pada ciri-ciri yang dipaparkan pada skrin, dan kadang-kadang  boleh mengubah suai peletakannya, menukar taip muka, saiz fon, latar dan warna pautan.
3.    Jika sesuatu muka laman sesawang telah diakses, setiap pautan yang dihubungkan dengan muka laian akan bertukar warna dan kekal sehingga tempoh hayatnya, iaitu 30 hari atau ditukar tempoh hayatnya. Jiks pengguna berkongsi komputer, pengguna yang kedua dan seterusnya akan melihat kepada muka yang telah diakses oleh pengguna sebelumnya.
4.    Internet dan transmisi rangkaian setempatmemerlukan masa untuk memindahkan dan memaparkan teks besar dan fail imej apabila dihubungkan kepada komputer lain untuk pembangunan projek.
5.    Pengguna boleh memuat turun sebarang teks atau fail imej, tetapi undang-undang hak cipta terpelihara tidak terjamin.

Monday 24 September 2012

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KONSEP ATAU DEFINISI  PENDEKATAN,KAEDAN DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN  KEMAHIRAN BAHASA MELAYU.
PENGENALAN
                        Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid- murid.
                        Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.
                        Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik  yang bersesuaian supaya menjamin keberkesanan  penyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima.
                        Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai  akan memberi kesan kepada anak didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan  serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari itu.

Pendekatan
Definisi
*      (JuriahLong,et al.1992:34).
                        Pendekatan ialah proses pengendalian  pengajaran secara keseluruhannya di dalam bilik darjah. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid – murid agar suasana pembelajaran lebih sempurna, menarik dan berkesan. Oleh itu, guru digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti dan memilih bahan – bahan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan,bakat dan minat murid – murid.
*      Parera (1986):
Pendekatan merupakan satu  latar belakang falsafah atau pandangan
mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dana merupakan satu aksioma( penyataan  yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).
*      Kamaruddin Haji Husin (1988):
             Pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat  bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
                        Dalam pengajaran Bahasa Malaysia misalnya, terdapat lima pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru, iaitu pendekatan deduktif, pendekatan induktif, pendekatan eklektif,pendekatan komunikatif dan pendekatan tematIK
Pendekatan Deduktif
                        Pendekatan deduktif memperlihat  hukum – hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum – hukum tadi melalui contoh – contoh yang konkrit  ( Kamaruddin Haji Husin, et al.1997:22-24).Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti berikut:
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan murid – murid mempelajari peraturan – peraturan dan diberikan maklumat tertentu tentang bahasa yang dipelajari.Murid akan mengaplikasikan peraturan – peraturan itu apabila menggunakan bahasa tersebut.Pendekatan ini juga menyarankan supaya analisis rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu, sebelum guru menunjukkan pengaplikasian rumus melalui contoh-contoh.
                        Ringkasnya prosedur pengajarn pendekatan ini dimulakan dengan pengenalan rumus.Rumus tersebut mestilah telah sedia diketahui oleh murid.Manakala contoh-contoh pula harus berkaitan dengan isi pelajaran,Pada masa ini guru perlu membimbing murid melaksanakan aktiviti melalui contoh yang terarah dan terancang.Prinsip penggunaan pendekatan deduktif seperti di rajah 1.2
Ciri- ciri pendekatan deduktif
*      Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif
*      Pembelajaran mementingkan pengatahuan bukan pembentukan kebiasaan
*      Bersifat ideasionalisme untuk mendapat ilmu pengetahuan
*      Penyusunan isi, bermula dengan keseluruhan kepada lebih kompleks
*      Permulaan pengajaran dengan generalisasi, diikuti dengan contoh.
*      Guru pentingkan undang-undang pengajaran bahasa, dari penggunaan bahasa.
*      Pembelajaran kefahaman lebih utama.
*      Menitikberatkan kemahiran tulisan.

Kelebihan Pendekatan Deduktif
            Walaupun pendekatan ini dianggap pendekatan tradisional, namun terdapat beberapa kelebihan, antaranya:
*      Penyampaian pengajaran guru lebih mudah,kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat persediaan.
*      Sesuai diajar murid yang pandai,sebab mereka mudah memahami dan mengikutinya
*      Pengajaran dimulakan dengan generalisasi sebelum diberi contoh, mudah difahami murid.
*      Kefahaman generalisasi dinilai dengan meminta murid menggunakan dalam situasi  yang hampir sama.

Pendekatan Induktif

                  Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manalaka kamaruddin Husin (1988), pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat pengitlakan terhadap unsur– unsur yang terdapat  dalam contoh – contoh tersebut.

                  Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahului contoh – contoh struktur penggunaan unsur – unsur  tatabahasa yang dipelajari, dan barulah membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini melibatkan proses pemerhatian,kajian dan analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran , kemudian barulah kesimpulan.Ini bermakna guru digalakkan member definisi, menerangkan peraturan, isi kandungan keseluruhan pengajaran dan pada akhirnya membuat kesimpulan.

                 
Konsep pendekatan induktif boleh  diterangkan melalui perincian  seperti di bawah:
*       Mempelajari sesuatu bagi mendapatkan hukum.
*      Memperkenalkanpengetahuan dan member pengalaman.
*      Mengumpul maklumat untuk membentuk hukum.
*      Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh – contoh tertentu.
*      Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran.
*      Membuat justifikasi daripada spesifik kepada umum.
Kaedah penaakulan bagi mendapa

Strategi Pengajaran Pendekatan Induktif
*      Menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru menentuan struktur isi pengajaran,kemudian menyusunnya supaya isi pelajaran menarik.
*      Penentuan kebolehan kognatif iaitu kemahiran intelektual ,melibatkan contoh pada awal pengajaran diikuti dengan kesimpulan pada akhir.
*       Prosedur pengajaran melibatkan langkah pengajaran yang dirancang iaitu pendahuluan,pembentukan konsep, dan membuat generalisasi pada peringkat penutup.


 Kelemahan Pendekatan Induktif
*      Sukar mendapat kerjasama dari murid kerana sudah biasa dengan amalan deduktif.
*      Membazirkan masa disebabkan murid perlu member contoh yang banyak untuk menyelesaikan masalah pemmbelajaran
*      Membebankan gurukerana perlu membuat perancangan yang rapi dan teliti
*      Kurang berkesan bagi murid yang cerdas kerana cepat bosan

Pendekatan Eklektif
                        Pendekatan elektif merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. . Dalam konteks ini guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid. Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang.(Menurut Kamarudin  Haji Husin,1991:37) Pendekatan ini biasanya diambil daripada pelbagai ciri yang baik dan ini akan menyakinkan murid-murid. Sifat pendekatan ini juga luwes dan mudah ubah.
Kebaikan pendekatan eklektif 
*      Sifatnya yang mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh dan penerangan  sekali gus meningkatkan pemahaman murid.
*      Sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
*      Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan itu.
*      Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan.

Pendekatan komunikatif
       Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an.Ahli linguistik berpendapat bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan digunakan Sesutu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.
       Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.
                      Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin :1998:38-40).Pendekatan pengajaran ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang berikut:
Ciri- ciri pendekatan komunikatif
*      Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain.
*      Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan.
*      Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari.
*      Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul.
*      Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
Pendekatan Tematik
                        Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar.Tema dipecahkan kepada komponen yang kecil. Ini membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan.Secara keseluruhannya,pendekatan tematik akan memberi

TEORI -TEORI BAHASA

1.0.        PENGENALAN

Kursus Pedagogi Bahasa Melayu, membicarakan tentang bahasa yang diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.
Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori Pemerolehan Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Pemerolehan Bahasa aliran Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa aliran Mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.
Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.


2.0.        TEORI HURAIAN BAHASA
2.1.        Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.    
2.        Struktural
Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield dan Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

2.3.        Transformasi Generatif
Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam choamsky. Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan symbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu.

2.4.        Teori Fungsional
Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur  bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

3.0.        TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
3.1.        Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.
Golongan ini beranggapan bahawa  Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan.
Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting  dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.
Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.
Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.
Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur  ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.
Terdapat  beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.
Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

3.2.        Teori Mentalis

Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.
Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:
Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.
Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.
Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.
Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.
Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.
Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ---- Contoh

3.3.        Teori konstruktivisme

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.
Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.
Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.
Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya.
Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

3.4.        Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:
Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.
Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah
Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur  iaitu makna dan struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.







4.0.        JENIS STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
4.1.        STRATEGI
4.1.1.   Definisi strategi
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

4.1.2.   Pengaplikasian strategi pengajaran bahasa
4.1.2.1.       Berpusatkan guru

Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif.
Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud.
Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.
Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.

           Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP.
Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.1.2.2.       Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan  yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

4.1.2.3.       Berpusatkan  masalah

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penakulan yang agat tinggi. Antara langkah yangperlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan  Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya

4.2.        PENDEKATAN
4.2.1.   Definisi pendekatan

Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang mendokong sesuatu teori. Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang ditentukan. Pendekatan adalah beraksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru menggunakan pendekatan daripada mudah sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami oleh murid.

4.2.2.   Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa
4.2.2.1.       Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson ( 1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan yang sesuai. 
Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian digunakan iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis tentang aspek bahasa pada awal pembelajaran. kemudian kesimpulan umum dikaitsimpul daripada data yang dipelajari.
Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan-peraturan, menerangkan  isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.

Proses pengajaran induktif
Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah memahami idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara induktif.
Paul D. Eggen (1979 ) telah memperkenalkan satu model pengajaran iaitu, model yang menekankan perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini, pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat generalisasi mengenai perkara yang dipelajari.
Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam pengajaran. Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada peringkat terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal.
Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Guru akan dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

Strategi pengajaran induktif
Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan pengajaran induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru perlulah menentukan struktur isi yang hendak disampaikan.  Kemudian setelah aspek bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah merancang dengan memecahkan isi tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka.
Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual yang melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pwngajaran dan kemudian kesimpulan. Pelaksanaan pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk konsep melalui contoh, membuat generalisasi dan pengaplikasian pengetahuan dalam situasi lain.
Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan struktur, isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.
Seterusnya ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan langkah-langkah pengajaran yang dirancang. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif dan dapat dilihat dalam peringkat pendedahan, peringkat pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, dan peringkat mencubakan generalisasi serta yang terakhir ialah peringkat penutup.


4.2.2.2.       Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi.
Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu Teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh yang sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dipentingkan. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan rumus yang diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan contoh yang berkaitan dan pengukuhan pemahaman konsep sesuatu rumus. Guru hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui soalan-soalan terarah yang terancang.

4.2.2.3.       Elektik

Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar.
Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan.
Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.
Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif.
Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar.

4.2.2.4.       Komunikatik

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

4.3.        KAEDAH
4.3.1.   Definisi kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik  yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

4.3.2.   Jenis-jenis kaedah
4.3.2.1.       Kaedah natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kurang  menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
Menurut Krashen dan Terrell (1983 : 9) menyebut  pendekatan ini sebagai natural, psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan sebagainya.
Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan  berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.
Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan pembelajaran (learning).
Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.
Kedua ialah Pembelajaran. Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan.  Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari
Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian.
Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal), sambil memberi klue non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut.
Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.
4.3.2.2.       Kaedah nahu tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif  yang mementingkan bahasa tulisan daripada lisan.
Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar  kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.
4.3.2.3.       Kaedah terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935.
Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.
Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan  perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

4.3.2.4.       Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.        
Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk .
4.3.2.5.       Kaedah linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka.

Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.  Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

4.3.2.6.       Kaedah kod kognitif

Kaedah ini adalah berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental.
J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.

Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik.  Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat.

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

4.3.2.7.       Kaedah bahasa komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community Language Learning’ merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.

Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural. Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa  yang agak berlainan yang disebut sebagai ‘ Bahasa Sebagai Proses Sosial’
Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kognitif dan afektif. Inilah yang disebut sebagai pembelajaran ‘Whole Person’.

Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan.

Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar.

Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing  daripada pelajar lain.
Curran menekankan  kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap  perlu dalam prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

4.3.2.8.       Kaedah Oral – Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul,  sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

4.4.        TEKNIK
4.4.1.   Definisi Teknik

Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan.

4.4.2.   Jenis teknik
4.4.2.1.       Teknik drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap penerangannya
 Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolah-olah hidup utk obejktif P & P.
Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan berbagai-bagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif  P & P murid

4.4.2.2.       Teknik latih tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal.  Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting

Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan kebebasan berfikir  dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal.

4.4.2.3.       Teknik permainan bahasa

Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran.
Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya ialah Permainan menyampaikan pesan, Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya, Permainan menikam angka, Slip undian.

Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.


4.4.2.4.       Teknik bercerita

Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja.
Teknik bercerita ini adalah merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya pelajaran disampaikan menyentuh dan membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka.
Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu.
Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin disampaikan.
Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami.

Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah mengadakan sesi penilaian terhadap murid .