Aktiviti Bahasa


KATA HUBUNG.


Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.


Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.


Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi


Contoh Penggunaan dalam Ayat
1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan 
pelajarannya ke maktab atau ke universiti.

2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?” tanya Amin.
3. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang 
kaya itu.
4. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu.

5. Semua murid di kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali  Shamsudin.
6. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali  pada hari Ahad atau hari kelepasan am.

7. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu.
8. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit punggungnya.

9. Aliah rajin serta gigih berusaha.
10. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang pada 
hari minggu ini.

11. Sally menyanyi sambil menari.
12. Kamala berlarsambil menjinjing beg plastik.

13. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.
14. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.

Kata Ganti Nama Diri

 sumber:fun crayon







Kata Ganti Nama Diri Orang terbahagi kepada 3:
  • Kata Ganti Diri Pertama - Menggantikan diri orang yang bercakap (penutur). Contoh: aku, beta, hamba, saya, patik, kami, kita
  • Kata Ganti Diri Kedua - Menggantikan diri orang yang diajak bercakap/lawan cakap (pendengar). Contoh: anda, kamu, awak, kalian, engkau, saudara, saudari, tuanku
  • Kata Ganti Diri Ketiga Menggantikan diri orang lain yang dibualkan (yang dituturkan). Contoh: dia, mereka, baginda, beliau


Contoh Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri


1. "Kalian-kalian perlulah berlatih dengan lebih gigih,"pesan jurulatih pasukan itu kepada anak-anak buahnya. (Kalian)

Penjelasan: Kata ganti diri yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.


2. Kami hendaklah memahami kelima-lima prinsip Rukunegara. (Kita)

Penjelasan: Penggunaan 'kita' lebih tepat kerana 'kami' hanya melibatkan penutur dan tidak pendengar.


3. Ketua pengedar dadah itu telah ditangkap oleh pihak polis. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu hadapan. (Dia)

Penjelasan: Kata ganti nama 'beliau' hanya digunakan untuk orang yang berjawatan dan dihormati. Tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak, penjenayah atau orang yang rendah moral dan akhlaknya.

4. Anjing itu menyalak kerana ia kelaparan. (anjing itu)

Penjelasan: Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang, benda dan tempat.


5. Sekiranya gagal menyerahkan borang kebenaran penjaga selewat-lewatnya pada hari Jumaat, ianya tidak akan dapat menyertai lawatan itu.(ia)

Penjelasan: Kata ganti nama 'ia' dan 'nya' tidak boleh digabungkan menjadi 'ianya'.


No comments:

Post a Comment