BMM 3103


SULIT
Soalan  1 – 5
Baca petikan di bawah ini,kemudian jawab soalan- soalan berikutnya
                        Kampung Hutan Hulu menyambutku dengan wajah yang manis dan ramah. Seperti yang kujangkakan, aku berasa amat amat bahagia tinggal di sini. Sedikit demi sedikit kecintaanku kepada kota semakin luput. Kerinduanku  kepada keluarga turut reput Lama – kelamaan bunyi air terjun yang menderu – deru, bunyi burung yang bertingkah sesama sendiri, dan bunyi riang – riang di rimba sedikit sebanyak menghapuskan kerinduanku itu.
                        Aku amat terhibur. Namun, kebahagiaan dan ketenangan itu tidak kekal lama.Kebahagiaan  dan  ketenanganku   mula tergugat  dan kecintaanku  pada Kampung Hutan Hulu mula pudar. Terasa bahawa Kampung Hutan Hulu tidak lagi membawa erti kepadaku. Langit tidak lagi biru,bunga tidak lagi wangi,dan madu tidak lagi manis. Telingaku sering disambar deruan balak yang ditumbangkan tanpa kawalan. Aku amat merana.
                        “Engkau hendak pulang ke Kuala – Lumpur, Zul?”
Aku tersentak oleh pertanyaan  Leman yang secara tiba- tiba itu.
” Betul – betul engkau hendak pulang, Zul?”
 Aku membisu. Aku  tergamam untuk mengatakan sesuatu.
 “ Engkau sudah lupa   akan janji kita.Zul?”
                        Pada ketika itu,hatiku betul – betul tersentuh. Aku begitu sebak dan terdesak. Aku terpukul.Leman dapat membaca riak wajahku
                        “Katakan ,Zul.Katakan bahawa kampung ini jijik.Engkau sebagai orang sebagai orang Bandar tidak layak bergelumang dengan kejijikan ini,” kata Leman perlahan. Suaranya antara ku dengar   atau tidak.
                        “Zul sebenarnya pembalak – pembalak tanpa lesen itu telah ditangkap oleh pihak yang berkuasa. Tidak lama lagi sebuah pejabat Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara daerah akan didirikan di kawasan  kita ini.Jadi, engkau masih hendak tinggal di sini atau hendak pulang?” kata Leman lagi.
1.    Siapakah “aku”?
A.   Leman                  C. Zul
B.   Kawan Zul          D. Abang Leman

2.    Berdasarkan petikan tersebut, mengapakah dikatakan kebahagiaan dan ketenangan itu tidak kekal lama?
A.   Kerana kampung itu tidak nyaman lagi
B.   Kerana kampung itu telah diceroboh oleh pembalak haram
C.   Kerana kampung itu sudah dibangunkan
D.   Kerana Taman Negara akan didirikan di situ.

3.     Semua yang berikut menunjukkan bukti perasaan “Aku” terhadap Kampung Hutan Hulu, kecuali…
A.   Ingatan terhadap kota kian luput.
B.   Perasaan rindu terhadap keluarga tiada lagi
C.   Dia terpikat oleh deruan air terjun
D.   Dia gemar bergelumang dengan lumpur

4.    Rangkai kata riak wajahku dalam petikan bermaksud…..
A.   Air mukaku
B.   Bentuk mukaku
C.   Wajahku yang riak
D.   Kerianganku


SULIT
5.    Pada pendapat anda, mengapakah Pejabat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara daerah akan didirikan di kawasan itu?
A.   Untuk membolehkan haiwan – haiwan liar hidup bebas di kampung itu.
B.   Untuk mengekalkan kawasan  hutan itu dan melindunginya daripada pencerobohan.
C.   Untuk menangkap pembalak – pembalak haram yang menceroboh kawasan itu.
D.   Untuk menarik para  pelancong agar mengunjungi kawasan itu.
Soalan 6-10
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan berikutnya.
                        Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Encik Haiqal Izham selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tropikana,guru – guru,para ibu bapa, dan rakan- rakan pelajar sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “  Kebaikan Bersukan”.Hadirin sekalian,
                        Banyak faedah yang diperolehi daripada aktiviti bersukan. Kebaikan yang paling nyata ialah aktiviti ini boleh menyihatkan badan.Semasa bersukan kita akan mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan satu cara untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Selain itu, bersukan juga boleh menguatkan jantung dan otot seseorang.
                        Bersukan juga boleh mengisi masa lapang seseorang.Melalui aktiviti bersukan, seseorang itu akan dapat menghabiskan masanya dengan lebih berfaedah.Aktiviti ini boleh dilakukan apabila kita mempunyai masa lapang atau pada hujung minggu.
                        Bersukan juga boleh merapatkan hubungan sesama kita.Kita boleh melakukan aktiviti ini bersama keluarga,kawan – kawan,atau jiran tetangga. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini juga membangkitkan perasaan saling menghormati.Hadirin sekalian,
                        Sesungguhnya banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan aktiviti ini dilakukan. Marilah kita manfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.Sekian, terima kasih.
6.    Siapakah Haiqal Izham ?
A.   Guru Besar
B.   Pengerusi Majlis
C.   Tetamu jemputan
D.   Pelajar Sekolah Kebangsaab Tropicana

7.    Bagaimanakah bersukan boleh menyihatkan badan ?
A.   Mengubati penyakit
B.   Menguatkan jantung
C.   Membekalkan khasiat
D.   Mendapatkan kulit yang lebih cantik

8.    Rangkai kata paling nyata dalam petikan bermaksud…..
A.   Amat ramai
B.   Amat tinggi
C.   Amat cantik
D.   Amat terserlah



SULIT

9.    Apakah yang akan terjadi sekiranya seseorang itu tidak pernah melakukan aktiviti bersukan?
A.   Sentiasa dapat mengeratkan perhubungan dengan rakan taulan.
B.   Masa lapangnya diisi dengan perkara yang berfaedah.
C.   Kecergasan  dan kesihatan badannya akan terjejas.
D.   Boleh menjadikan jantung dan ototnya sihat dan kuat.

10. Apakah usaha – usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi  mempertingkatkan aktiviti bersukan dikalangan rakyat?
A.   Menggalakkan rakyat berbaik – baik sesama mereka.
B.   Menyediakan pelbagai kemudahan untuk berriadah
C.   Rakyat digalakkan  melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
D.    Mengadakan kempen menjaga kesihatan jantung dan otot.
 Pilih jawapan yang paling sesuai.
11. __________________Pak Mahadi sedang meragut rumput di tepi padang itu.
A.   Itik
B.   Arnab
C.   Ayam
D.   Kambing.
12. Encik Lim menyalakan beberapa _________________mercun sempena Tahun  Baharu Cina.
A.   Batang
B.   Papan
C.   Pangsa
D.   Potong
SULIT
13.  Petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari .
Perkataan seerti bagi gigih ialah
A.   Tegap
B.   Tekad
C.   Tekun
D.   Tegas

14. Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan  di bawah ini.
Penduduk Kampung Bayan bergotong – royong membina jambatan yang roboh di kampung itu.
A.   Seperti aur dengan tebing
B.   Seperti air di kolam itu
C.   Seperti bulan di pagar bintang
D.   Seperti rumput di tepi jalan.

 Pilih ayat  yang sama maksudnya dengan  ayat yang diberikan
15.  Kata Siti kepada Wei Ling,”Baju ini dijahit oleh ibu saya.”
A.   Siti memberitahu Wei Ling bahawa ibu saya telah menjahit baju itu.
B.   Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahit oleh ibunya
C.   Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahit oleh ibu Wei Ling.
D.   Siti memberitahu saya bahawa baju itu dijahit oleh Wei Ling.


SULIT
16.   Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang berhuruf besar ini
 SUKA
                      I.        CERIA
                    II.        DUKA
                   III.        GEMBIRA
                  IV.        SEDIH
A.   I dan II
B.   I dan III
C.   II  dan III
D.   II dan IV

Soalan 17 dan  soalan 18
Pilih ayat – ayat yang  menggunakan kata yang bergaris dengan betul
17.    
              I.        Murid-murid itu disuntik untuk melindungi mereka daripada terkena penyakit yang merbahaya.
             II.        Ayah tidak perasan bahawa poket bajunya terkena dakwat.
            III.        Orang awam diingatkan oleh pihak polis agar berhati – hati sebelum terkena.
           IV.        Penyakit kulit biasanya terkena orang yang kurang menjaga kebersihan diri.
A.   I dan II
B.   II dan IV
C.   I,II dan III
D.   II,III dan IV


SULIT
18.  
                      I.        Pak Musa mengandar dua bekas rotan ketika pulang dari hutan.
                    II.        Puan Juriah ialah bekas Pengarah Syarikat Sari Maju.
                   III.        Bekas  luka pada kaki Amin akibat kemalangan jalan raya itu masih kelihatan.
                  IV.        Kakak menyimpan kerepek pisang itu di dalam bekas plastik yang kedap udara.
A.   I dan II
B.   II dan IV
C.   I, II dan III
D.   II, III dan IV
            Pilih ayat yang betul strukturnya
19.   
                      I.        Harga barang – barang keperluan harian telah meningkat.
                    II.        Bubuhlah sedikit – sebanyak serbuk perasa ke dalam masakan itu.
                   III.        Kami ketawa bila melihat telatah adik yang lucu itu
                  IV.        Buku – buku yang berselerak itu kami susun.
A.   I dan II
B.   I dan III
C.   I dan IV
D.   II dan IV






SULIT
Pilih ayat yang menggunakan simpulan bahasa dengan betul.
20.  
                I.        Rahani jauh hati hendak belajar di sekolah berasrama penuh
               II.        Jika kita berusaha dengan tekun, kejayaan sudah pasti dalam tangan.
              III.        Berita tentadng tsunami itu hanyalah langkah kiri yang disebarkan di internet.
             IV.        Peniaga itu terpaksa gulung tikar kerana perniagaannya terjejas akibat banjir.
A.   I dan II
B.   II dan IV
C.   I, II dan III
D.   I, II dan IV


-KERTAS SOALAN TAMAT-










8.0.5 Penjelasan Item aneka pilihan dan kaitan dengan JSU
                     Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang  telah di bina, saya telah memilih jenis ujian objektif aneka pilihan.Sebanyak 20 item soalan telah dibina iaitu merangkumi  10 soalan petikan pemahaman dan 10 soalan berkaitan dengan tatabahasa.
                     Berdasarkan jenis ujian objektif aneka pilihan itu ,item yang telah saya bina merangkumi pelbagai jenis soalan aneka pilihan antaranya ialah:
*      Aneka pilihan berbentuk soalan , contohnya pada  item bernombor 1,2,5,6,7,9 dan 10.
Contoh :  1. Siapakah “aku “ ?
A.   Leman
B.   Kawan Zul
C.   Zul
D.   Abang Leman
*      Aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap, contohnya pada item bernombor 4,8 dan 13.
Contoh : 13. Perkataan seerti dengan gigih ialah………………
A.   Tegap
B.   Tekad
C.   Tekun
D.   Tegas

*      Aneka pilihan jenis negatif,contohnya pada item bernombor 3.
Contoh: 3. Semua yang berikut menunjukkan bukti perasaan “Aku" terhadap Kampung Hutan Hulu, kecuali……………….
A.   Ingatan terhadap kota kian luput.
B.   Perasaan rindu terhadap keluarga tiada lagi.
C.   Dia terpikat oleh deruan air terjun
D.   Dia gemar bergelumang dengan lumpur.

*      Aneka pilihan jenis isi tempat kosong, contohnya pada item bernombor 11 dan 12.
Contoh : 12.Encik Lim menyalakan beberapa _______________mercun sempena Tahun Baharu Cina.
A.   Batang
B.   Papan
C.   Pangsa
D.   Potong

*      Aneka pilihan jenis jawapan terbaik contohnya pada item bernombor 14
Contoh : 14. Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.
Penduduk Kampung Bayan bergotong-royong membina jambatan yang roboh di kampung itu.
A.   Seperti aur dengan tebing
B.   Seperti air di dalam kolam
C.   Seperti bulan di pagar bintang
D.   Seperti rumput di tepi jalan.
*      Aneka pilihan jenis antonim ,pada item bernombor 16.
SUKA
Contoh : 16. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang berhuruf besar ini
                                                                      I.        CERIA          IV.    SEDIH
                                                                    II.        DUKA
                                                                   III.        GEMBIRA
A.   I dan II
B.   I dan III
C.   II dan III
D.   II dan IV
*      Aneka pilihan jenis cantuman, contoh pada item bernombor 17,18,19 dan 20
Contoh: 17 .Pilih ayat – ayat yang  menggunakan kata yang bergaris dengan betul
I.              Murid-murid itu disuntik untuk melindungi mereka daripada terkena penyakit   yang   merbahaya.
II.            Ayah tidak perasan bahawa poket bajunya terkena dakwat.
III.           Orang awam diingatkan oleh pihak polis agar berhati – hati sebelum terkena.
IV.          Penyakit kulit biasanya terkena orang yang kurang menjaga kebersihan diri.
A.      I dan II
B.     II dan IV
C.   I,II dan III
D.   II,III dan IV
8.0.5  Kesimpulan
                        Membina ujian atau item bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah, dan ia bukanlah semudah yang di sangka. Terdapat  prosedur khusus yang perlu diikuti           oleh semua penggubal- penggubal item khasnya guru –guru.Di samping mendasari pembinaannya ,pengetahuan tentang isi ujian itu sendiri sangat dititikberatkan.
                        Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkualiti, guru merupakan tenaga penggerak yang utama.Ini kerana guru lebih arif dan mengetahui tentang bidang ataupun skop yang akan diuji sepanjang pengajaran dan pembelajarannya.Kelemahan membina ujian yang baik akan memberi kesan serta mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek.Oleh itu , setiap guru perlulah mempunyai pengatahuan yang secukupnya dalam pembinaan sesuatu item.

No comments:

Post a Comment