Aktiviti Didik Hibur

Pantun Nasihat Untuk Kanak-kanak

Buai dihayun sambil kejar,
Anak ayam di tepi telaga;
Duhai anak rajinlah belajar,
Kelak jadi insan berguna.


Rambutan masak manis rasanya,
Manis juga buah pulasan;
Jangan banyak buang masa,
Isilah masa dengan amalan.


Petang redup beralih awan,
Berarak awan hujan lebat;
Dalam hidup pilih kawan,
Kelak hidup tidak sesat.


Barang dibawa terasa berat,
Bawa bersama kerana kongsi;
Ilmu dunia ilmu akhirat,
Semua ilmu mesti dikuasai.



Koleksi Syair



SYAIR HARI INI


Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati
Harganya tidak dapat ternilaikan
Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya bersukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan
Bagi yang duka ia perghibur 
Ia penerang bagi yang kabur 
Ialah kandil di dalam kubur 
Lamun dengannya beramal subur 
Ialah penerang ke jalan syurga
Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai ialah telaga
Laut yang luas ialah juga


No comments:

Post a Comment