1.1 PENGENALAN:
1.1.1 Konsep pemulihan
Program pemulihan merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca,
menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang
dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata
pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula).
“Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan
semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki
sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Blair
(1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu
kepada penguasaan kemahiran.

Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di
pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran
biasa.

Pemulihan ialah satu
tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran
pembelajaran biasa.

Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

‘Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan
oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan
dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi
keperluan-keperluan mereka.

‘ Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang
diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh
gangguan-gangguan emosi ’.

‘ Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi
membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

‘ Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah
satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata
pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

Pengajaran pemulihan
dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Dengan sebab itu
pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau
pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu
kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi
berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid.
Menurut Ab. Rahman, et. al.
(1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan
merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis, dan mengira). Mereka
ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka
dapat dikesan dan dikenal pasti.
1.1.2 Rumusan Keseluruhan Konsep Pemulihan.
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan
pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar
bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
1.1.3 Rasional Pendidikan
Pemulihan.


ü Kenaikan
darjah secara automatik seperti yang
berlaku sekarang dikekalkan dan mereka yang lemah dalam bidang kemahiran
tertentu diberi pendidikan pemulihan.
ü Kurikulum
yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai bukan
sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas bahkan
membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.
ü Keutamaan
hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf
pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.
ü Usaha
untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah dijalankan
dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG.
ü Rancangan
Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan diteruskan kerana
faedah-faedah yang diperoleh.
1.1.4 Matlamat Pendidikan Pemulihan
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :



1.1.5
Objektif Pendidikan Pemulihan
Program
ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :







1.1.6 Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan
Pendidikan
pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas
biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal
atau terencat akal :

i.
Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran
guru
ii.
Sering tidak hadir ke sekolah
iii.
Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti
pembelajaran
iv.
Leka dan lambat

i.
Masalah peribadi
ii.
Masalah psikologi
iii.
Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan
bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan
1.1.7 Prinsip Pendidikan Pemulihan
Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi
dalam melaksanakan pendidikan pemulihan. Antaranya ialah :

Guru perlu mengetahui objektif yang hendak
dicapai semasa pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid
mengatasi masalah pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan
tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri.
Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa,
penglihatan, pengdengaran dan pertuturan.

Terdapat
beberapa cara dalam menyusun strategi
pendidikan pemulihan antaranya:
1. Mengenal
pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian
diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang
dibuat dengan ibu bapa.
2.
Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang
antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), membaca dan menulis.
3.
Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan
murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi
dan pembelajaran.
4.
Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong
murid lemah sama ada secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
5.
Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan
yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke
kelas pemulihan.
6.
Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan
murid dan murid dengan rakan sebayanya.

Dalam
merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan terdapat beberapa kreteria
yang perlu diikuti antaranya:
1.
Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan
kebolehan murid.
2.
Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan
bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada
mereka.
3.
Matlamat hasil kerja daripada aktiviti
hendaklah disampaikan dengan segera.

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan
teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya :
1. Pendekatan
Deduktif
2. Pendekatan
Induktif
3. Pendekatan
Elektif
4. Kaedah
Komunikatif
5. Pendekatan
Main Sambil Belajar
6. Teknik
Bercerita
7. Teknik
Latih Tubi
8. Teknik
Bersoal Jawab
1.2 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang
bermasalah pembelajaran antaranya ialah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1
di bawah:
Rajah 1: Pengesanan Murid
Bermasalah

Guru
boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah
masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah
ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang
menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka
dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang
kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.

Rekod
prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid,
khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu
peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod
ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap
tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.

Rekod
profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam
semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan
menggunakan markah dan gred. Rekod ini
mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya
catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut
semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir
setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk
senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal
bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada
penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak
formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara
formal juga dilaksanakan.

Ujian
bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji
penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian
objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan
itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.

Perbincangan
dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak
dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran,
kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan
masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan
perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain.
Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan
masalh pembelajaran murid.

Ibu
bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang
masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual
dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga,
aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain
di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca
masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan
untuk membantu murid-murid bermasalah.
1.3 PROGRAM
PEMULIHAN DI SEKOLAH
Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Pendidikan
pemulihan kelas biasa
Pendidikan
pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran,
khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan
murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu
memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang
pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari
biasa
2. Pemulihan
bagi program kajian tindakan
Kelas
pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid yang akan
mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu dan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn berasaskan masalah yang dihadapi
oleh murid yang mungkin menjelaskan pencapaian yang baik dalam ujian penilaian.
3. Kelas
pemulihan khas
Kelas
pemuliahn khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk mengatasi masalah
murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas, khususnya 3M. Kelas ini
dikendalikan oleh seseorang guru khas yang terlatih. Murid-murid daripada
pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam
satu kelas untuk memudahkan pengajaran-pembelajaran.
Konsep pendidikan pemulihan diperjelaskan
lagi seperti rajah 2 di bawah:
Rajah
2: Program Pemulihan di Sekolah
Ujian Saringan Binaan Guru
·
Kenal
pasti dan menganalisis:
Ø murid
bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
Ø masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik;
Ø punca
masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran.
- Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
- Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
- Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
- Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana
rajah 3 yang berikut:
Kenal
Pasti Murid
|
Analisis Masalah
|
Membuat
Perancangan
|
Melaksanakan
Pengajaran
|
Membuat
Penilaian
|
Tindakan
Susulan
|
Rajah 3: Langkah –Langkah
Pelaksanaan Program Pemulihan
CARTA ALIR
PELAKSANAAN
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pencalonan
& Pengumpulan Maklumat
|
Kelas Biasa
(Kerja Susulan)
|
Penilaian & Tindaksusul
|
Penyediaan
Rancangan Pengajaran
|
Pengajaran
& Pembelajaran
|
Ujian
Diagnostik & Ujian Pengamatan
|
Analisis Ujian
Diagnostik & Pengamatan
|
Ujian
Saringan
|
Sudah Menguasai 3M Belum
Menguasai 3M
Belum
Menguasai
3M
Meneruskan
P
& P Pemulihan
|
1.5 PROGRAM PENGAYAAN
1.5.1 Konsep Pengayaan
Pengayaan ialah
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang
dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi
unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid
mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di
samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta
melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan
dan masyarakat.

“Pengayaan” sebagai “perihal
(usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”.
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Aktiviti
pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat
sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau
lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat
memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka
dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan
adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh
kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini
membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti,
sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat
sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.
1.5.2 Rasional Pengayaan




1.5.3 Objektif Pengayaan







1.5.4 Jenis-Jenis Pengayaan
Aktiviti pengayaan boleh
dikelaskan kepada dua jenis:


1. Pengayaan
Mendatar


2. Pengayaan
Menegak

Rajah 4 : Jenis
–jenis Pengayaan
1.5.5 Prinsip program pengayaan
Prinsip program
pengayaan terbahagi kepada enam yang digambarkan seperti rajah 5 di bawah;
Rajah 5:
Prinsip Program Pengayaan
1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang
bersifat kreatif dan eksperimental.
2. Membuat
kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri.
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat
kepimpinan sosial.
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah
ubah.
6. Melibatkan pembacaan luas.
1.5.6 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

Kelas dibahagikan kepada tiga
kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti
pengayaan dengan menggunakan kemahiran
yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza

Semasa murid-murid cerdas
dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan
aktiviti pemulihan. Arahan yang
diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat
menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh
memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti
pemulihan.

Murid-murid cerdas akan
dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin
dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat
sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja
projek, permainan dan rekreasi dan
sebagainya.
Rajah 5 menunjukkan strategi
pelaksanaan program pengayaan:
Kumpulan mengikut kebolehan
|
Berjalan serentak bersama
pemulihan
|
Strategi pelaksanaan program
pengayaan
|
Kumpulan pelbagai kebolehan
|
Rajah 6:Strategi Pelaksanaan Program Pengayaan
1.6 PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN
Bagi menjalankan aktiviti
pengayaan beberapa perkara perlu dititikberatkan,seperti yang digambarkan dalam
rajah 7 di bawah:
Rajah 7:Pengelolaan Aktiviti
Pengayaan






J Setiap
hari; 20-30 minit.
J Selepas
murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.
J Selepas
murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.

Ø Aktiviti
pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan
haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan.
Ø Bagi
aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid-murid
dalam kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada
murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.
Ø Corak
aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat
murid.
Ø Selepas
aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-murid
mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai
galakan.

& Bahan
yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan;



v Penyusunan
meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan. Biasanya
kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.
Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya kumpulan
sederhana lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.
v Murid-murid
dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu. Mereka
boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.
1.7
AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti pengayaan biasanya terbahagi kepada 3 iaitu
bacaan tambahan,kerja- kerja projek dan permainan & rekreasi .
1.7.1 Bacaan Tambahan





1.7.2 Kerja – kerja Projek







1.7.3 Permainan & Rekreasi.















1.8 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti-aktiviti
pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap
hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti
asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau
sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam
sesuatu unit pembelajaran
1.8
BAHAN – BAHAN UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN
Biasanya bahan – bahan untuk aktiviti
pengayaan terbahagi kepada 3 bentuk seperti yang ditunjukkan seperti rajah 8 di
bawah:
Rajah 8: Ciri –
ciri Bahan Pengayaan
1.9 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulanya pendidikan pemulihan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
alternatif untuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah di dalam
kelas.Ianya bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di kalangan
murid – murid di dalam kelas dan mereka dapat belajar bersama –sama dalam suasana
pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Manakala program pengayaan pula
merupakan satu aktiviti yang banyak membantu untuk cekap dan menguasai sesuatu
pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika aktiviti pengayaan ini di jalankan
dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya.Ini kerana mereka
bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat
mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka
malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan
rasa minat dan lebih bermotivasi untuk belajar.
REFLEKSI
Bagi menyempurnakankan tugasan Kerja
Kursus BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan PengajaranBahasa Melayu Sekolah Rendah
ini,bukanlah satu yang mudah,kerana pada
permulaannya saya perlu memahami terlebih dahulu kehendak tugasan ,meneliti
rubrik pemarkahan yang merangkumi
beberapa item pemarkahan,di mana tahap pemarkahan itu merangkumi 4 aspek iaitu
pemerolehan ilmu,penguasaan ilmu, pemindahan pembelajaran serta sikap sahsiah.Di
samping itu perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang
mengandungi pengajaran pendidikan pemulihan dan
pengayaan Tahap 1
Setelah itu, saya mula berbincang bersama rakan berpasangan dan mula mencari seberapa banyak
bahan – bahan, sama ada dalam bentuk buku – buku ilmiah , bahan dari internet,
perkongsian blog serta web,sumber dari rakan – rakan seperjuangan yang lebih
mahir dalam penulisan RPH tahap 1 KSSR Bahasa Malaysia dan sebagainya.Dari
bahan rujukan tersebut saya membaca, mengkaji dan cuba memahami yang mana
bersesuaian dengan kehendak soalan tugasan.
Langkah permulaan,sebelum menaip tugasan,saya menyediakan draf Rancangan
Pengajaran Harian. Banyak masa diperuntukan bagi menyediakan RPH tahap 1 KSSR
ini kerana ,saya masih lagi kurang mahir dalam memahami standard kandungan yang
hendak digabungjalinkan dengan standard pembelajaran ,supaya merangkumi semua kemahiran berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,
perlu juga memikirkan fokus sampingan yang sesuai,supaya ada kesinambungan
dengan fokus utama yang dipilih.
Setelah meneliti kandungan Standard Prestasi serta Sukatan Pelajaran,
saya telah memilih untuk menyediakan RPH Tahun 1 KSSR Bahasa Malaysia, di bawah
tema Bersih
dan Sihat .Fokus utama ialah
kemahiran membaca digabungjalinkan dengan kemahiran menulis dalam fokus sampingan.Standard
pembelajarannya merangkumi membaca dan menulis frasa diftong serta vokal
berganding.Objektif yang diharapkan akan dicapai oleh murid – murid di
akhir P & P ialah :
i) Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong
serta vokal berganding.
ii) Menulis
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 perkataan serta frasa yang
mengandungi
diftong serta vokal berganding.
iii) Menyatakan 6 hingga 8 perkataan serta frasa yang
mengandungi diftong dan vokal berganding.
Selain itu dimasukkan juga Pengisian Kurikulum
,merangkumi nilai murni serta unsur ilmu . Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
serta nilai – nilai keusahawanan juga disisipkan dalam RPH tersebut. Item –
item tersebut sangat penting dalam penyediaan sebuah RPH ,kerana RPH yang
menarik dan berkesan akan menentukan pencapaian objektif P & P yang
diharapkan.
Setiap
langkah pengajaran dan pembelajaran iaitu bermula dengan set induksi disediakan
bahan- bahan sokongan yang boleh membantu murid mencapai objektif P &
P.Yang paling penting pada langkah yang ke-4 ,aktiviti pemulihan dan pengayaan telah dijalankan.Dalam RPH ini juga, saya
memasukkan elemen didik hibur, iaitu
pada langkah set induksi,dimana murid menyanyi
sebagai langkah persediaan untuk pelajaran hari tersebut serta juga
sebagai penarik minat murid untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.
Harapan saya,
penyediaan RPH ini, bukan sahaja boleh digunakan oleh saya sendiri,
malah rakan seperjuangan lain dapat memahami dan menggunakannya dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada menyediakan sebuah RPH,
saya juga perlu menulis sedikit esei mengenai konsep Pemulihan dan Pengayaan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah.Timbul sedikit masalah, kerana kekurangan buku-buku
rujukan mengenai Pengajaran Pemulihan dan Pengayaan.Namun,dengan kelajuan internet yang memuaskan ,maka dapat
saya berkongsi maklumat bersama rakan untuk mendapat bahan- bahan rujukan. Walaupun
terdapat beberapa kekangan serta
halangan dalam menyempurnakan tugasan ini,
semuanya itu bukanlah menjadi batu penghalang kepada saya .Malah saya merasakan satu kepuasan ,bila
dapat menyiapkannya.
Akhiran kalam, segala yang baik itu adalah
datang dari Allah dan yang kekurangan itu adalah di atas kelemahan diri saya
sendiri sebagai hambanya yang lemah.
RUJUKAN
Amir Hazlin Lin,Khadijah Yusof dan Siti Sarah Abdul
Malek.(2010).Bahasa Malaysia
Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Kuala-Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Amir Hazlin Lin,Khadijah Yusof dan Siti Sarah Abdul
Malek.(2010).Bahasa Malaysia
Tahun Satu Sekolah Kebangsaan
Buku Latihan & Aktiviti Jilid 1.Kuala-Lumpur:
Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hasnah Awang,Habibah Mohd.Samin(Munsyi Dewan).(2010).Literasi Bahasa Melayu.
Panduan Untuk Pelajar- Pelajar Program
PISMP,PGSR & Pendidik.Selangor.
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas.1999a. Manual IPP3M.Kuala-Lumpur.
Jabatan Pendidikan Khas.1999b.Buku PanduanPelaksanaan Program Pendidikan
Pemulihan Khas.Kuala- Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2011).Program Linus, Modul Murid Asas Literasi
Tahun
2.Kuala-Lumpur:Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Haji Musa dan Abdul
Hamid Mahmood.(2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala-Lumpur.Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti
Hajar Abdul Aziz.(2009). Siri Pendidikan
Guru ,Bahasa Melayu II.Shah
Alam,Selangor.Oxford Fajar.Sdn.Bhd.
No comments:
Post a Comment