KONSEP ATAU DEFINISI PENDEKATAN,KAEDAN DAN TEKNIK DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU.
PENGENALAN
Matlamat kurikulum
Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah adalah untuk melengkapkan murid
dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk memenuhi keperluan
diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini
menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-
murid.
Mengikut perakuan 57(a)
Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa kurikulum sekolah rendah
hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid mencapai kemahiran dalam
bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan
bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan kemampuan
mental serta kesediaan murid- murid.
Untuk mencapai matlamat
di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan
kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan
murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah
menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian supaya menjamin
keberkesanan penyampaian sesuatu
pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima.
Pemahaman mengenai
pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan pendekatan
,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa guru
perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen
tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai
akan memberi kesan kepada anak
didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran sama ada tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari
itu.
Pendekatan
Definisi

Pendekatan ialah proses pengendalian
pengajaran secara keseluruhannya di dalam bilik darjah. Pendekatan yang
digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid –
murid agar suasana pembelajaran lebih sempurna, menarik dan berkesan. Oleh itu,
guru digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti dan memilih bahan – bahan
pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan,bakat dan minat murid –
murid.

Pendekatan merupakan
satu latar belakang falsafah atau
pandangan
mengenai idea utama yang hendak
dibahaskan dana merupakan satu aksioma( penyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada
sesuatu huraian).

Pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Dalam pengajaran Bahasa
Malaysia misalnya, terdapat lima pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru,
iaitu pendekatan deduktif, pendekatan induktif, pendekatan eklektif,pendekatan
komunikatif dan pendekatan tematik.
Rajah
1.0 : Pendekatan Pengajaran
Pendekatan Deduktif
Pendekatan
deduktif memperlihat hukum – hukum atau
sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan
diteruskan dengan menganalisis hukum – hukum tadi melalui contoh – contoh yang konkrit ( Kamaruddin Haji Husin, et
al.1997:22-24).Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat
diperlihatkan seperti berikut:
Rajah
1.1 : Konsep Pendekatan Deduktif
Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan murid – murid mempelajari
peraturan – peraturan dan diberikan maklumat tertentu tentang bahasa yang
dipelajari.Murid akan mengaplikasikan peraturan – peraturan itu apabila
menggunakan bahasa tersebut.Pendekatan ini juga menyarankan supaya analisis
rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu, sebelum guru menunjukkan
pengaplikasian rumus melalui contoh-contoh.
Ringkasnya prosedur
pengajarn pendekatan ini dimulakan dengan pengenalan rumus.Rumus tersebut
mestilah telah sedia diketahui oleh murid.Manakala contoh-contoh pula harus
berkaitan dengan isi pelajaran,Pada masa ini guru perlu membimbing murid
melaksanakan aktiviti melalui contoh yang terarah dan terancang.Prinsip
penggunaan pendekatan deduktif seperti di rajah 1.2
Rajah
1.2 : Prinsip Penggunaan Pendekatan Deduktif
Ciri- ciri pendekatan deduktif








Kelebihan Pendekatan Deduktif
Walaupun
pendekatan ini dianggap pendekatan tradisional, namun terdapat beberapa
kelebihan, antaranya:




Rumusan
kepada pengajaran dan pembelajaran pendekatan deduktif seperti rajah 1.3
Rajah
1.3 : Rumusan Prosedur Pengajaran Pendekatan Deduktif
Pendekatan Induktif
Menurut
Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan
ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan
kepada satu generalisasi. Manalaka kamaruddin Husin (1988), pula
berpendapat induktif merupakan satu
pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat
pengitlakan terhadap unsur– unsur yang terdapat
dalam contoh – contoh tersebut.
Dalam
pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal,
iaitu mendahului contoh – contoh struktur penggunaan unsur – unsur tatabahasa yang dipelajari, dan barulah
membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini melibatkan proses
pemerhatian,kajian dan analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran , kemudian
barulah kesimpulan.Ini bermakna guru digalakkan member definisi, menerangkan
peraturan, isi kandungan keseluruhan pengajaran dan pada akhirnya membuat
kesimpulan.
Terdapat 3 proses
pengajaran menggunakan pendekatan induktif iaitu seperti yang ditunjukkan pada
rajah 1.4
Konsep
pendekatan induktif boleh diterangkan
melalui perincian seperti di bawah:







![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Rajah 1.5 : ciri - ciri pendekatan induktif
Pendekatan
induktif mempunyai banyak faedah jika digunakan dengan cara yang betul.Bagi
tujuan tersebut guru perlulah mematuhi beberapa prinsip utama seperti yang
ditunjukkan di rajah 1.6
Rajah1.6:
Prinsip Pendekatan Induktif
Strategi Pengajaran Pendekatan
Induktif



Kelemahan
Pendekatan Induktif




Rumusan
Prosedur pengajaran pendekatan induktif seperti rajah 1.7
Rajah
1.7 : Rumusan Pengajaran Pendekatan Induktif
Pendekatan Eklektif
Pendekatan elektif
merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif
untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua
pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu.
. Dalam konteks ini guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi
pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan
murid-murid. Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba
mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif
untuk menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang.(Menurut Kamarudin Haji Husin,1991:37) Pendekatan ini biasanya diambil daripada pelbagai ciri yang baik dan
ini akan menyakinkan murid-murid. Sifat pendekatan ini juga luwes dan mudah
ubah.
Prinsip pendekatan eklektik
Rajah
1.8: Prinsip Pendekatan Elektik
Dua variasi pendekatan eklektik
Rajah
1:9 Dua variasi pendekatan eklektik
Dalam
variasi yang pertama,pengajaran dimulakan dengan contoh yang berkaitan dan
contoh daripada murid.Kemudian murid dibimbing untuk menghasikan generalisasi.
Akhinya murid dibimbing untuk memberikan contoh-contoh lain dalam konteks yang
sama apabila generalisai diaplikasikan.
Dalam
variasi kedua pula, pengajaran dimulakan dengan menyatakan generalisasi yang
berkenaan.Kemudian contoh- contoh diberikan oleh guru dan pelajar untuk
menjelaskan generalisasi berkenaan.Akhirnya generalisasi itu diaplikasikan
dalam konteks yang sama.
Kebaikan pendekatan eklektif




Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatif bermula pada
tahun 1960-an.Ahli linguistik berpendapat bahasa ialah satu sistem terbuka dan
dinamik dan digunakan Sesutu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau
pendapat. Menurut Juriah Long (1985)
penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik
terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya
mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa
, iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.
Pada masa berkomunikasi, kecekapan
bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan
menggunakan struktur bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa.
Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa
merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan
menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi
pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang
demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai bahasa ibunda
iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.
Kecekapan Berkomunikasi
|
Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin :1998:38-40).Pendekatan pengajaran ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang berikut:
Kecekapan berbahasa dalam:
![]() ![]() ![]() ![]() |
Kecekapan sosiolinguistik dalam:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Rajah
1.10: Model pendekatan komunikatif
Jika
anda teliti Rajah 1.10, pendekatan komunikatif mempunyai kaitan dengan
komunikasi.Namun secara perbandingan, pendekatan ini memberi penekanan kepada
penguasaan aspek lisan dalam aktiviti pembelajaran bahasa.
Prinsip pendekatan komunikatif
Rajah
1.11 : Prinsip Pendekatan Komunikatif
Ciri- ciri pendekatan komunikatif





Pendekatan Tematik
Pengajaran
menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea
yang besar.Tema dipecahkan kepada komponen yang kecil. Ini membolehkan pelajar
menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan.Secara
keseluruhannya,pendekatan tematik akan memberi peluang kepada mengalami
pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.
Tujuan Pendekatan Tematik
Rajah
1.12 : Tujuan Pendekatan Tematik
Prinsip Pendekatan Tematik





Dalam kemahiran berbahasa terdapat
beberapa lagi pendekatan yang sesuai
diaplikasikan mengikut kemahiran- kemahiran pengajaran berbahasa. Antara
seperti yang di tunjukkan dalam rajah di bawah.
Rajah
1.13 : Pendekatan Kemahiran Berbahasa
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Lisan
(Bertutur & Mendengar)
Pendekatan Situasi
Diperkenalkan
oleh Mackey (1965), menegaskan
pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur
kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi yang betul dalam
pola ,nada dan intonasi tertentu.Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata – kata dan
unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar
makna yang betul.dan teori
Pendekatan ini berlandaskan
teori struktural dan teori pembelajaran
Behaviorisme. Teo:ri ini beranggapan untuk membolehkan seseorang itu menguasai
kemahiran lisan,perlu menguasai dahulu kemahiran asas lain dahulu.Antaranya
menguasai kemahiran :




Hal yang demikian,melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan
dapat dibaiki dari semasa ke semasa.Dengan demikian pendekatan situasi mestilah
berlandaskan kepada prinsip pengajaran seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.14
Rajah
1.14 : Prinsip Pendekatan Situasi
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bacaan
Pendekatan Binaan
Dikenali
juga dengan pendekatan sintesis.Mengikut pendekatan ini kemahiran bacaan
dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur
yang terkecil diikuti unsur terbesar.Contoh murid diperkenalkan dahulu
dengan huruf, diikuti dengan gabungan
huruf menjadi suku kata, kemudian menjadi perkataan dan seterusnya
ayat.Penggunaan pendekatan ini boleh dijalakan bersama dengan kaedah abjad.
Pendekatan Cerakinan
Dikenali juga dengan
pendekatan analisis adalah pendekatan
pengajaran yang mendahulukan unsur –unsur besar, yang dicerakinkan menjadi unsur
yang kecil Pengajaran kemahiran membaca dimulakan dengan cerita atau ayat Ayat- ayat itu akan
dicerakinkan menjadi sukata dan huruf-huruf.Murid dapat mengaitkan huruf yang
tiada bermakna dengan ayat yang bermakna.Jadi murid mempelajari sesuatu yang
menarik dan bermakna.
Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan ini
memberi penekanan kepada pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid dalam membaca. Murid akan mudah memahami mesej yang
cuba disampaikan dalam tulisan sekiranya mempunyai pengalaman membaca bahan
yang menggunakan laras yang sama.Terdapat tiga peringkat pemahaman dalam proses
membaca iaitu:



Bagi
setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia
ada bagi memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat itu.Sebagai contoh,
pada peringkat lateral, murid-murid
harus mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (tatabahasa,
istilah,keindahan bahasa, ragam,laras bahasa dan lain-lain lagi) untuk
mengetahui tulisan dibacanya.
Prosuder
pendekatan pengalaman bahasa
Pendekatan pengajaran kemahiran menulis

Pendekatan proses
menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil
penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses
menulis draf, menyemak dan membincangkannya.Dalam pendekatan ini juga,
penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan
yang sesuai dan penggunaan tatabahasa
yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.Sehubungan dengan itu, pendekatan
ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping
mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.
No comments:
Post a Comment