HURAIKAN 4 JENIS PENILAIAN BAHASA YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
1.0 Pengenalan :
Matlamat utama ujian ditadbirkan di bilik darjah adalah untuk membekalkan maklumat mahupun kepada sekolah,guru,ibu bapa ataupun kepada murid itu sendiri.Bagi puhak murid tentunya tidak sabar ingin mengetahui prestasinya. Begitu juga guru,disamping ujian dapat mengenalpasti daerah kekuatan dan kelemahan muridnya, tetapi juga untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya .Oleh yang demikian ujian merupakan satu tugas yang berupaya mengukur prestasi pencapaian murid bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap mereka. Oleh itu, aktiviti pengujian dan penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran .
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.Semakin tepat guru dapat menilai muridnya,semakin berkesan guru dapat mengendalikan pembelajaran murid –murid itu.Ini dapat menolong guru membuat keputusan yang bijak dalam membimbing muridnya menuju ke arah kajayaan.
1.1. Penilaian bahasa yang dilaksanakan di sekolah
Sebelum menghuraikan empat jenis penilaian bahasa yang dilaksanakan
di sekolah , mari kita lihat dahulu apakah itu penilaian. Secara umumnya, penilaian boleh ditafsirkan sebagai proses memberikan pertimbangan nilai pada sesuatu berdasarkan pengukuran terhadapnya dan juga berdasarkan pengalaman penilai.
1.2 Definisi penilaian dari sudut pendidikan
Gronlund,1981- penilaian ialah satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran telah dicapai oleh pelajar.
Popham 1975-penilaian yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan iaitu mencakupi aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran itu dihalakan.
Stufflebeam et. al.(1971:xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. Ten Brick (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
1.3 Definisi penilaian bahasa
Penilaian bahasa membawa maksud satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran dalam bahasa, iaitu ianya bertujuan memberi maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran serta kaedah mengajar bahasa.
Matlamat Penilaian Bahasa
Rajah 1.1 : Prinsip Asas Penilaian Bahasa
Seorang guru yang ingin menjalankan penilaian bahasa perlulah memegang kepada prinsip seperti yang dipaparkan pada rajah 1.0 di atas.Seseorang guru itu patut menjalankan penilaian kepada murid –muridnya kerana penilaian itu mempunyai beberapa kepentingan sama ada kepada murid mahupun guru.
1.4 Kepentingan penilaian bahasa antaranya ialah:






1.5 Tujuan Penilaian Bahasa
Secara khususnya, dalam konteks pembelajaran di kelas penilaian dijalankan adalah untuk mengetahui kemajuan dan keberhasilan murid-murid,mendiagnos kesulitan belajar,memberi umpan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dan menentukan kenaikan kelas.Tujuan penilaian bahasa perjelaskan lagi seperti dalam rajah 1.1
Rajah 1.2: Tujuan Penilaian Bahasa
2.0 Jenis –jenis penilaian bahasa
Terdapat enam jenis penilaian bahasa yang biasa ditadbirkan di sekolah, antaranya:






2.1 Ujian Formatif
Merupakan satu penilaian yang dibuat secara berterusan iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid bagi setiap tajuk yang diajar.Ujian Formatif juga adalah bahan atau alat yang dibina oleh guru menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.Skop pengajaran dan pembelajarannya tidak meluas dan terhad.Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian,soaljawab, latihan bertulis dalam kelas dan ujian mingguan.
2.2 Ciri – ciri ujian formatif





2.3 Tujuan Ujian Formatif
2.4 Prosedur Pelaksanaan Penilaian Formatif
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif lebih berkesan seorang guru perlulah memberi perhatian kepada prosedur berikut :

Tentukan tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam masa setahun persekolahan.Tajuk disusun mengikut aras kesukaran. Jika tajuk- tajuk mempunyai skop yang meluas, guru perlulah pecahkan tajuk kepada bahagian yang kecil. Dengan itu di harap murid dapat menguasai semua tajuk kecil, sebelum beralih ke tajuk lain.Sebelum beralih ke tajuk lain itulah, guru perlu mengadakan ujian formatif bagi menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.

Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.Dengan itu guru dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap aspek tersebut, misalnya apabila 80% hingga 90% menguasai tajuk , menunjukkan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.

Guru perlu menyusun elemen –elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi .Setelah menyusun mengikut tahap perlakuan, guru perlu mengaitkan semua elemen supaya tidak terpisah.

Semua elemen-elemen tadi akan diuji kepada setiap murid, sekurang – kurannya satu soalan.Soalan –soalan tersebut mestilah bersesuaian bagi mengukur penguasaan pelajar.Aras soalan tersebut mengikut aras kognatif Taksonomi Bloom.

Setelah dibuat pengesanan terhadap masalah pembelajaran murid, guru perlulah membuat tindakan susulan berdasarkan keputusan yang diperolehi .Misalnya, mengulang kaji semula tajuk yang tidak dikuasai atau mengubah pendekatan serta kaedah yang digunakan guru semasa pengajaran. Sebagai kesimpulannya perlaksanaan ujian formatif boleh dirumuskan seperti rajah 1.4 di bawah.
3.0 Ujian Sumatif
Merupakan proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk ujian sumatif diasaskan dan dibina secara meluas danmelibatkan kesemua kemahiran dan aspek tatabahasa.
3.1 Ciri- ciri ujian Sumatif




3.2 Tujuan Penilaian Sumatif
Secara amnya ,penilaian ini, bukanlah untuk membantu meningkatkan pencapaian,tetapi untuk memberi gred. Gred tersebutlah yang akan digunakan untuk membanding pencapaian di kalangan para pelajar.oleh.Tujuan penilaian sumatif boleh dirumus melalui rajah 1.5
Rajah 1.5: Tujuan Penilaian Sumatif
.3 Langkah Pelaksanaan Penilaian Sumatif
Bagi memastikan perlaksanaan penilaian sumatif menjadi lebih berksan beberapa langkah –langkah yang perlu diberi penekanan.Antara langkah –langkah semasa menggubal ujian sumatif:

Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk dan objektif pengajaran serta bilangan soalan.Jadual ini juga dapat memastikan kesahan soalan dari segi, merangkumi sukatan pelajaran serta objektif yang ingin disampaikan.

Soalan yang dibina berpandukan JSU, harus menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan.Kertas .soalan perlu mempunyai arahan yang jelas serta bilangan soalan yang perlu dijawab.

Perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan
daripada soalan mengisi tempat kosong , atau esei berjawapan pendek.Soalan juga boleh disusun mengikut tajuk atau kesukaran.

Mengkaji kesesuaian soalan dan memperbaiki supaya ujian mempunyai keesahan yang tinggi. Aras kesukaran dan daya diskriminasi juga perlu diambil kira.

Mengandungi jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Menjadi panduan semasa memeriksa serta menyelaraskanpemarkahan supaya tidak berlaku bias.
Prosedur pelaksanaan penilaian sumatif boleh dirumuskan seperti rajah 1.6 di bawah
PERezaan antara Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif
Aspek
|
Penilaian Formatif
|
Penilaian Sumatif
|
Konsep
|
Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi megesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran.
|
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
|
Tujuan
|
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud
|
Mengenal pasti pencapaian untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor serta gred pencapaian murid.
|
Waktu penilaian
|
Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
|
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan,semester, dan akhir penggal persekolahan.
|
Kaedah
|
Formal : pensel- kertas
Tidak formal : pemerhatian, soaljawab,tugasan atau latihan.
Dibuat secara individu atau kumpulan.
|
Dibuat secara formal- ujian pensel-kertas, lisan.
Dijalankan secara berkumpulan
|
Selepas penilaian dijalankan
|
Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan.
Menjalanakan aktiviti pengukuhan - pengayaan
|
Menempatkan mu rid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
Memberikan pengiktirafan dalam bentuk sijil,hadiah dan sebagainya.
Membaiki kurikulum atau mata pelajaran.
|
3.5 Aspek penilaian Bahasa Melayu dalam ujian Formatif dan ujian Sumatif
Rajah 1.7: Aspek penilaian Bahasa Melayu
Jenis ujian yang boleh dibina dalam corak formatif ataupun sumatif ialah seperti di terangkan dalam rajah 1.8
4.0 Ujian Bakat
4.1 Definisi:


4.2 Kepentingan Ujian Bakat:







4.3 Jenis- jenis ujian bakat



4 Ujian bakat yang sesuai di peringkat sekolah rendah
Ujian bakat yang sesuai diikuti di peringkat sekolah rendah ialah ujian Metropolitan Readiness Test .Merupakan satu jenis ujian dalam kategori ujian kesediaan. Ianya dapat mengenal pasti kelemahan membaca,misalnya kurang lancer membaca kerana tidak dapat membezakan huruf b dan d, p dan q.Ujian ini mempunyai enam pecahan ujian iatu :





5.0 Ujian Pencapaian
Dikenali juga Achievement Test ialah ujian bagi menilai tahap pengatahuan,kemahiran dan kecekapan semasa. Ianya berbeza dari ujian – ujian lain yang dibina oleh pihak institusi sahaja.Ujian ini boleh dibina oleh institusi dan juga oleh guru secara perseorangan , contohnya ujian dalam kelas.
Di peringkat institusi contohnya Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengambil tugas menyediakan ujian pencapaian di peringkat pusat seperti ujian:
Ø UPSR
Ø PMR
Ø SPM
Ø SPVM
Ø STPM
5.1 Ciri- ciri Ujian Pencapaian





5.2 Tujuan Ujian Pencapaian




Rajah 1.10: Contoh ujian Pencapaian
5.3 Perbezaan Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria
Perkara
|
Ujian Rujukan Norma
|
Ujian Rujukan Kriteria
|
Konsep
|
Ujian yang relatif yang menggambarkan prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal.
|
Ujian rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
|
Tujuan
|
i. Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan.
ii. Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana.
iii. Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – sijil
|
i. Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan.
ii. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.
|
Ciri-ciri Soalan
|
Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi
|
Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran.
|
Ciri-ciri ujian
|
Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat.
|
Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal.
|
Kandungan cakupan
|
Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas
|
Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang lebih khusus.
|
Contoh ujian
|
Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM
|
Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.
|
6.0 KONSEP DAN LANGKAH – LANGKAH PENYEDIAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
6.1 Pengenalan :
Sebagai seorang guru, sudah pasti kita tidak dapat lari dari menempuh pengalaman membina soalan untuk menguji kebolehan murid- murid.Pengalaman membina soalan itu,kita akan melalui satu proses membuat pemilihan jenis soalan,untuk ujian pencapaian.Proses membuat pemilihan dan membina soalan itu amatlah sukar dan rumit. Namun begitu, dengan adanya penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), sudah pasti sedikit sebanyak akan membantu kita memilih jenis soalan tersebut.
6.2 Definisi:
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU),dahulunya di sebut Jadual Penentu Ujian(JPU) adalah merupakan satu pelan ujian atau kerangka. Ia disebut juga sebagai test blue print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas.Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif dan kandungan pengajaran.Lajur carta ini menyenaraikan objektif pengajaran, manakala baris carta menyenaraikan konsep utama yang di ajar dan ingin diukur.
Hal yang demikian. JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar serta objektif pengajaran yang hendak dicapai.Oleh kerana JSU menjadi panduan kepada guru- guru dalam pembinaan ujian, maka JSU seharusnya dibina seawal mungkin..
6.3. Konsep Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya sendiri iaitu seperti yang digambarkan pada rajah 1.11
6.4. Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian








6.5 Kepentingan Jadual Spefikasi Ujian(JSU)
Pembinaan JSU ini sangat penting untuk penggubal soalan ,kerana ianya menjadi satu bahan rujukan dan panduan.JSU yang dibina dengan baik akan menghasilkan soalan – soalan yang bermutu.Oleh itu JSU merupakan suatu yang sangat penting. Antara Kepentingan JSU ialah :





6.6 Langkah - langkah Penyediaan JSU
Dalam pembinaan JSU, terdapat empat langkah yang penting perlu diikuti.Antara langkah – langkah tersebut ialah :




Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sebagai penggubal soalan kita perlulah mengkaji untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.Kandungan Sukatan dan Huraian Sukatan perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan setiap tajuk kandungannya.Aspek yang dikaji ialah:
ü Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
ü Pendekatan yang diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
ü Kepentingan perbandingan antara tajuk dengan tajuk yang lain.
ü Kompleksiti
ü Masa pengajaran sesuatu tajuk
Menganalisis Objektif Pengajaran
Ianya bertujuan untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji, dan tahap mana ia perlu diuji.Biasanya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom .Ini penting kepada penggubal kertas uji bagi menentukan jenis dan bilangan soalan.JSU mempunyai 2 paksi iatu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran.Paksi Kandungan mengandungi:
Ø Kandungan pengetahuan ( tajuk dan tajuk kecil)
Ø Kandungan kemahiran(tajuk dan tajuk kecil)
Ø Kandungan Afektif atau perasaan( tajuk dan tajuk kecil)
Paksi Objektif pengajaran pula mengandungi :
v Objektif kognitif
v Objektif Psikomotor
v Objektif Afektif
Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan lajur- lajur yang perlu di isi dengan pemberatan soalan, kepentingan tajuk yang ditunjukkan dengan bilangan soalan.
Menentukan jenis soalan
Terlebih dahulu kita perlulah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
Menentukan Bilangan Soalan.
Jumlah soalan haruslah mencukupi bagi mewakili kandungan ,domain objektif dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.Jumlah soalan adalah penting kerana akan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan ujian.Selain itu , penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira:
· Jangka masa ujian
· Jenis ,kesukaran, dan kepanjangan soalan.
· Kemampuan bahasa pelajar.
Langkah- langkah pembinaan JSU boleh dirumuskan seperti rajah 1.12 di bawah
KONSEP,JENIS DAN LANGKAH- LANGKAH PEMBINAAN ITEM UJIAN OBJEKTIF
7.1 Pengenalan
Ujian merupakan suatu yang amat penting kepada guru untuk mengetahui sejauhmana murid – muridnya memahami apa yang mereka pelajari.Jika sesuatu ujian dibina dengan baik ,ia boleh digunakan bagi membandingkan pencapaian antara sekolah- sekolah seterusnya antara pelajar – pelajar itu sendiri.
7.2 Definisi item objektif
Item objektif ialah item yang member maklumbalas segera kepada pelajar mengenai perkembangan dirinya dari aspek kognitif,afektif, kemahiran dan personaliti.Dengan item objektif juga membolehkan pelajar meneruskan aktiviti pemulihan ataupun pengayaan.
7.3 Konsep
§ Suatu jenis ujian yang memerlukan calon memberi jawapan yang tepat dan ringkas
§ Soalan dapat diperiksa dengan mudah dan tepat.
§ Mempunyai ciri – ciri keobjektifan yang paling tinggi
Konsep ujian ojektif boleh diterangkan lagi seperti rajah1.13 di bawah
7.4 Prinsip Pembinaan Item Ujian Objektif
Pembinaan item objektif mempunyai beberapa prinsip iaitu:

a. Pokok soalan ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
b. Ia juga boleh ditulis dalam ayat yang lengkap atau tidak
c. Aras kesukaran mengikut aras JSU
d. Soalan negatif harus dikurangkan , biasanya diberi dalam 25 sahaja.

a. Ditulis sejajar dengan pokok soalan
b. Elakkan ulangan jawapan ,biasanya bagi soalan pilihan jawapan
c. Pengganggu harus diserentakkan

a. Dibentuk mengikut format yang standard.
7.5 Langkah-langkah pembinaan ujian objektif
Secara amnya terdapat 5 langkah penting dalam pembinaan item ujian objektif antarannya ialah :
v Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
v Menulis item ujian tersebut
v Menyemak item ujian
v Menilai item ujian
v Membuat kajian terhadap keseluruhan item.
Menyediakan JSU
Sebelum membina ujian objektif, guru perlulah mengkaji sukatan pelajaran,menganalisis objektif pengajaran dan pembelajaran terhadap topik yang hendak diuji,menentukan jenis- jenis soalan dan seterusnya menentukan bilangan soalan objekti yang hendak diuji.Ini sangat penting kerana item- item ujian objektif yang dibina itu akan mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut aras dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.Perancangan awal untuk membina ujian objektif ini dapat menjamin soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan ,kemahiran dan sikap yang ingin dikuasai oleh murid.
Menulis item Ujian
Membina serta menulis item ujian objektif, merujuk kepada jenis apa yang hendak dipilih antaranya: item anika pilihan,mengisi tempat kosong,berjawapan pendek,item betul-salah ,padanan dan sebagainya.
Menyemak item ujian yang telah dibina,mengambil kira perkara-perkara berikut:
Ø Arahan hendaklah jelas
Ø Soalan tepat dan mudah difahami oleh murid –murid
Ø Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan mengandungi maklumat serta kehendak soalan jelas mencukupi,
Ø Soalan objektif mestilah seimbang dari segi kandungan mengikut sukatan dan objektif pengajaran.
Ø Soalan objektif tidak perlu ada petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
Ø Jawapan kepada soalan objektif yang dibina adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukan.
Menilai item ujian
Item ujian yang telah dibina perlu dinilai oleh pakar mata pelajaran.Perkara – perkara yang diambil kira dalam menilai item ujian , samalah seperti menyemak item ujian seperti yang dihuraikan di atas.
Membuat kajian terhadap keseluruhan item
Kajian yang rintis perlu dibuat terhadap keseluruhan item, selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran.Ini bertujuan agar item ujian objektif yang dibina sesuai dengan pelajar dari segi keupayaan dan pengetahuan sedia ada ,Item ujian juga tidak ada kesilapan ejaan dan mengandungi maklumat yang mencukupi untuk pelajar menjawab soalan objektif tersebut.Langkah- langkah pembinaan ujian objektif boleh dirumuskan seperti rajah 1.14
7.6 Jenis Ujian Objektif
Secara amnya ujian objektif terbahagi kepada 2 jenis iaitu:


7.6.0 Jenis Item Respons Bebas
Item jenis ini terbahagi pula kepada 3 iaitu:




- Ialah soalan yang boleh dijawab dengan satu perkataan,satu ayat ataupun satu nombor.
CONTOH SOALAN:
Siapakah nama kamu?__________________

- Ialah bentuk satu ayat dengan perkataan, atau rangkaikata tertentu di tinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong untuk diisi oleh murid.Ayat ini boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.
CONTOH SOALAN:
- Setiap hari adik mandi menggunakan _______________ dan syampu.
- Saya pergi ke sekolah membawa bekalan____________dan __________.

- Soalan berkaitan dengan ransangan yang diberikan.
CONTOH SOALAN:
Tuliskan kata nama am manusia seperti gambar di sebelah
7.6.1 Jenis Item Respons Tetap
Item jenis ini terbahagi kepada 4 iaitu:





- Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihannya, iaitu sama ada bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu.
CONTOH SOALAN:
Tanda(/) pernyataan betul dan tanda (X) pada pernyataan salah
1. Saya dan keluarga melawat ke Pulau Langkawi
2. ami ke sana dengan menaiki kereta bapa

- Item ini memerlukan calon memilih perkara diruang kanan untuk dipadankan dengan perkataan di sebelah kiri.
JENIS ITEM PENGELASAN
- Item ini hamper sama dengan item memadan.Ia mengandungi dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan
- Calon dikehendaki memilih jawapan yang berkaitan dengan menulis nombor,huruf atau lambang tertentu yang sesuai di sebelah perkara pada tempat yang disediakan.
Pilih kata adjektif dan kata nama pada setiap perkataan yang disenaraikan,kemudian tuliskan huruf A atau B pada R ruang yang disediakan.

- Item ini mengandungi satu aspek soalan dan beberapa beberapa pilihan.
- Pilihan jawapan yang salah di namakan `pengganggu`.
- Item ini di golongkan dalam kumpulan soalan jawapan tetap kerana jawapannya telah disediakan (Hopkins,1981)
- Aneka pilihan dibahagikan kepada:
J Stem – pokok soalan
J Stimulus - ransangan kepada pokok soalan
J Pilihan – satu daripada pilihan adalah jawapan (key)
J Distractor- pilihan bukan jawapan iaitu pengganggu.
8.0.1 Prinsip penyediaan item Aneka Pilihan









Sebagai rumusan ,prinsip penyediaan item aneka pilihan dapat diperjelaskan lagi melalui rajah 1.15
Jawapan pilihan sama panjang
|
.0 Jenis – jenis Soalan Aneka Pilihan
Terdapat 9 jenis soalan aneka pilihan antaranya :










- Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan pilihan jawapan ,hanya satu daripada pilihan itu betul.
CONTOH SOALAN :
Apakah nama bunga kebangsaan negara Malaysia?
A. Bunga matahari
B. Bunga kemboja
C. Bunga raya
D. Bunga

CONTOH SOALAN :
Penjodoh bilangan bagi stoking ialah__________
A. helai
B. pasang
C. buah
D. kaki

-pernyataan yang mempunyai ruang kosong untuk diisi ooeh murid
CONTOH SOALAN :
Encik Rahim kelihatan sungguh____________apabila memakai kemeja baharunya.
A. Cantik
B. Kusut
C. Lusuh
D. Segak

- Setiap ayat / soalan di ikuti oleh beberapa jawapan.Setiap jawapan ada kebenarannya tetapitidak tepat. Hanya satu jawapan paling tepat
Pokok soalan sering guna perkataan PALING, UTAMA
CONTOH SOALAN :
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat
Bau ikan yang____________itu menyebabkan kakak berasa mual.
A. Busuk
B. Hanyir
C. Hangit
D. Masam

- Setiap pasang perkataan soalan di ikuti dengan empat atau lebih pasangan perkataan pilihan. Pilih pasangan pilihan yang berkaitan dengan pasangan soalan.
CONTOH SOALAN :
Pilih pasangan yang sesuai seperti perkataan di dalam kotak di bawah
lan di dimulakan dengan huruf besar diikuti dengan empat atau lebih pasangan perkataan pilihan
CONTOH SOALAN :
LULUS
I. Kadas A. I dan II
II. Cemerlang B. I dan III
III. Gagal C. II dan IV
IV. Pandai D. I,II,III dan IV

-Calon dikehendaki mencari fakta yg bertentangan. Pokok soalan kerap kali mengandungi perkataan KECUALI, BUKAN, PALING KURANG dan semua jawapan adalah betul kecuali 1 yang salah.
CONTOH SOALAN :
Sifat – sifat berikut ada pada penulis KECUALI
A. Sabar
B. Tekun
C. Tabah
D. Rajin

CONTOH SOALAN :
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul
I. Karipap itu masih segar kerana baru digoreng.
II. Air sungai itu segar kerana masih belum tercemar
III. Tubuh badan kita akan menjadi segar apabila kita banyak bersenam
IV. Kejadian ngeri yang menimpa keluarga kami masih segar dalam ingatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8.0.3 Kebaikan dan Keburukan Item Jenis Objektif
Kebaikan Item jenis objektif







Keburukan Item jenis objektif
· Ujian bermutu sukar dibina memerlukan masa dan kemahiran yang tinggi.
· Tidak sesuai digunakan untuk menguji bidang kognitif pada aras tinggi.
· Calon yang lemah akan meneka jawapan.
· Kurang sesuai untuk penilaian formatif seperti mengesan kelemahan dalam penggunaan bahasa.
· Tidak menguji kemahiran menyusun, menghurai idea dan memberi pendapat dalam tulisan.
· Keesahan yang rendah jika calon tidak bijak menolak gerakbalas salah dan meneka kekuncinya yang kemungkinan bet ul.
Kebolehpercayaan yang rendah jika calon yang dilatih menjawab item objektif
No comments:
Post a Comment