Monday 24 September 2012

PROSEDUR PELAKSANAAN(LITERASI BAHASA)

PROSEDUR PELAKSANAAN

Tema : Keluarga 
Tajuk : Kasih Bapa
Fokus Utama :  Standard Kandungan  ( 2.1 )
-       Asas membaca dengan sebutan yang betul
                            Standard Pembelajaran  ( 2.1.2 )       
-       Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang    betul
Fokus Sampingan :   Standard Kandungan  ( 3.2 )
-       Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
: Standard Pembelajaran ( 3.2.2 )
-       Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

Kumpulan Sasaran            :  Murid Tahun 1
 
Aktiviti 1 :
*      Mengecam gambar  bapa di dalam majalah , surat khabar, risalah dan buku teks
Cara – cara pelaksanaan
*      Guru mengedarkan majalah atau keratan akhbar kepada setiap kumpulan
*       Murid – murid diminta mengecam gambar seorang bapa di dalam majalah atau keratan akhbar tersebut.
*      Murid – murid menanda gambar bapa di dalam majalah atau keratin akhbar tersebut.
*      Guru bersoaljawab,kumpulan mana yang dapat mengecam gambar bapa paling banyak.
*      Murid  mengeja perkataan bapa

Bahan –bantu mengajar
*      Majalah
*      Surat khabar
*      Risalah
*      Buku teks
 





Kaedah  yang digunakan
 Kaedah pandang sebut  - melihat, mengecam dan menyebut gambar bapa.


Aktiviti 2:
*      Mengeja dan membatang suku kata terbuka
Cara- cara pelaksanaan
*      Guru mempamerkan kad suku kata terbuka di papan tulis.
*      Murid mengeja dan membatang suku kata terbuka secara latih tubi.
*      Guru membimbing murid – murid menyebut suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
*      Papan pamer (suku kata )
*      Kad suku kata
Bahan bantu mengajar



Kaedah  yang  digunakan
Kaedah  suku kata dan pandang sebut




Aktiviti 3:
*      Mencantum suku kata menjadi perkataan berpandukan gambar.
Cara – cara pelaksanaan
*      Guru mempamerkan pokok suku kata di hadapan kelas.
*      Murid – murid melihat gambar pada pokok suku kata.
*      Murid – murid mencari kad suku kata dan mencantum  kad tersebut berdasarkan gambar.
*      Guru membimbing murid – murid membaca perkataan dengan sebutan yang betul.
*      Pokok suku kata
*      Kad imbasan
*      Kad gambar
Bahan bantu mengajar



Kaedah yang digunakan
Kaedah suku kata dan kaedah pandang sebut




Aktiviti 4 :
*      Aktiviti kumpulan- mencantum suku kata menjadi perkataan bermakna.
Cara-cara pelaksanaan
*      Murid – murid dibahagikan kepada 4 kumpulan,setiap kumpulan diedarkan satu set kad suku kata.
*      Guru memberi penerangan cara menjalankan aktiviti.
*      Setiap kumpulan dikehendaki mencantumkan kad- kad suku kata menjadi perkataan bermakna.
*      Murid –murid dalam setiap kumpulan akan mencantum kad-kad suku kata dengan menyelit kad tersebut di papan selit.
*      Setiap kumpulan yang berjaya menghasilkan perkataan dikehendaki membaca perkataan tersebut.
Bahan bantu mengajar
*     Papan selit
*     Kad suku kata
 




Kaedah yang digunakan
Kaedah fonik dan kaedah suku kata


Aktiviti 5 :
*      Permainan` Roda Bahasa`
Cara- cara pelaksanaan
*      Guru mempamerkan papan `Roda Bahasa`di hadapan kelas dan menerangkan cara aktiviti dijalankan.
*      Murid dikehendaki memusingkan papan `Roda Bahasa` bagi membentuk perkataan berdasarkan gambar.
*      Murid akan menulis perkataan yang berjaya dicantumkan melalui pusingan `Roda Bahasa` di papan tulis.
*      Murid membaca perkataan tersebut.
ü  Papan `Roda Bahasa`
ü  Papan tulis
ü  Pen maker
Bahan bantu mengajar




Kaedah yang digunakan
Kaedah fonik,kaedah pandang sebut dan kaedah suku kata



Aktiviti 6:
*      Menulis suku kata,mengecam perkataan dan menyalin ayat mudah
Cara- cara pelaksanaan
*      Murid diedarkan lembaran kerja.( rujuk lampiran 1 dan 2- lembaran kerja bertulis)
*      Lembaran kerja
Bahan bantu mengajar


Aktiviti 7 :
*      Penutup : Mencari dan mengecam perkataan di papan silangkata
Cara- cara pelaksanaan
*      Guru menerangkan cara menjalankan aktiviti
*      Murid dikehendaki melihat  petunjuk gambar yang tertera di papan silangkata
*      Berpandukan gambar – gambar tersebut, murid – murid dikehendaki mengecam perkataan bagi gambar itu , di papan silangkata.
*      Murid – murid menyebut perkataan tersebut
*      Papan Silangkata
Bahan bantu mengajar


Kaedah yang digunakan
Kaedah pandang sebut dan kaedah suku kata

Senarai bahan-bahan bukan elektronik yang digunakan  dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1
*   Majalah
*  Surat khabar
*  Risalah
*  Buku teks
*  Papan pamer
*  Kad suku kata
*  Papan selit
*  Papan `Roda Bahasa`
*  Papan tulis
*  Pen maker
*  Papan silangkata

No comments:

Post a Comment