Monday 24 September 2012

KAEDAH KOPERATIF DAN KOLABORATIF

1.0 Pengenalan
                  Tidak dinafikan, walaupun selepas bertahun-tahun mengajar di dalam kelas, masih ada guru-guru atau tenaga-tenaga pengajar yang masih tidak memamahi secara mendalam apakah maksud dan perbezaan pendekatan, kaedah dan strategi di dalam pengajaran. Sebenarnya, kesemua perkara ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan berbeza di antara satu sama lain akan tetapi, ketiga-tiga perkara ini saling bergantung sesama mereka untuk menjadikan suatu pengajaran yang lancar dan baik. Guru yang memahami serta mampu mengaplikasikan ketiga-tiga perkara ini mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan lancar dan sesuai untuk murid-murid dan seperti yang kita ketahui, tugas sebenar guru adalah untuk mendidik murid-murid sehingga berjaya dengan cemerlang bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tambahan lagi, ketiga-tiga perkara ini, pendekatan, kaedah dan strategi akan membantu guru-guru menyiapkan sebuah rancangan pengajaran harian yang baik. Rancangan pengajaran harian yang baik banyak membantu guru-guru untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
1.1 Pendekatan
Dalam kesibukan tenaga pengajar mengenal pasti perbezaan di antara pendekatan dan kaedah ini, seorang pengamal linguistik dari Amerika Syarikat, Edward M. Anthony pada tahun 1963 menyatakan bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia bersifat aksiomatik (Kamarudin Haji Husin, 1993). Di dalam pengajaran, jika seseorang guru menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori pembelajaran ini boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dalam pembelajaran berkenaan. Jadi, dalam kata mudahnya, pendekatan di dalam konteks pendidikan merupakan satu set teori pembelajaran yanga akan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran (Kamarudin Haji Husin, 1993). Terdapata beberapa pendekatan yang sering digunakan di dalam pengajaran sehingga kini.

Pendekatan
Penerangan
1.    Pendekatan Induktif
Merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan contoh dan diakhiri dengan satu generalisasi. Contoh kemudian diakhiri dengan sebuah generalisasi. Contohnya, guru menunjukkan jenis-jenis perbualan dan kemudian baru guru mengelaskan perbualan sama ada antara yang bersesuaian dengan guru-guru, rakan-rakan atau ibu bapa.
2.    Pendekatan Deduktif
Merupakan satu pendekatan menagajar yang memulakan satu kajian itu dengan melihat secara keseluruhan dan diakhiri dengan memberi contoh-contoh. Contohnya, di dlaam pengajaran matematik, guru menunjukkan seseuatu rumus, kemudian barulah menerangkan contoh-conotoh di dalam penggunaan rumus itu.
3.    Pendekatan Eklektik
Pendekatan ini menggabungkan dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan juga pendekatan deduktif di dalam satu pengajaran. Terdapat dua cara untuk melakukan pendekatan ini iaitu sama ada penekanan kepada induktif (contoh-generalisasi-contoh) atau penekanan kepada deduktif (generalisasi-contoh-generalisasi).
4.    Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai keupayaan berkomunikasi.


1.2 Kaedah
Kaedah di dalam konteks pendidikan pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa yang pendek. Ia adalah cara mendekati suatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya disusun dengan teliti dan rapi. Edward M.Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan, terbentuk dalm satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih (Kamarudin Haji Husin, 1993).
           Terdapat tiga kaedah yang biasanya digunakan oleh guru-guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah
Penerangan
1.Berpusatkan guru
Guru akan memberikan pengajaran secara terus, dan murid hanya akan mendengar penerangan daripada guru sahaja. Guru seolah-olah mempunyai autoriti di dalam kelas. Proses pembelajaran satu hala digunakan di dalam kaedah ini.
2. Berpusatkan murid
Murid memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini membantu murid-murid untuk aktif di dalam kelas. Guru di dalam kaedah ini hanya akan bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja.
3. Berpusatkan bahan
Kaedah ini memberi penekanan terhadap bahan bantu mengajar (BBM) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti dan sesuai dengan tajuk pengajaran. Bahan-bahan ini sedikit sebanyak akan membantu murid-murid lebih memahami sesuatu tajuk pemebelajaran.


1.3 Teknik
Teknik di dalam konteks pendidikan pula ditakrif sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Edward M. Anthony menyatakan bahawa teknik merujuk kepada satu muslihat atau strategi yang digunakan oleh guru untu mencapai objektif pelajaran yang optimum. Terdapat beberapa teknik yang sering digunakan di dalam kelas. Rajah di bawah menunjukkan beberapa teknik yang digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Kaedah Pembelajaran Kolaboratif
2.1 Pengenalan: Definisi kaedah pembelajaran koperatif dan perbezaan diantara kaedah kolaboratif dan juga kaedah koperatif.
Di dalam konteks pendidikan, pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di bawah bimbingan guru bertukar-tukar idea melaui perbincangan atau menumbang kemahiran masing-masing dengan tujuan menyelesaikan  masalah atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Di dalam perkataan yang lain, pengajaran pembelajaran kolaboratif dan koperatif  merujuk kepada suatu strategi dan kaedah mengajar di mana guru membimbing murid-murid di dalam kumpulan pelbagai kebolehan, bekerjasama dan tolong-menolong di antara mereka untuk menyelesaikan sesuatu kerja kursus atau projek yang disediakan.
Di sini dapat kita lihat bahawa kedua-dua kaedah iaitu kolaboratif dan juga kaedah koperatif merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dengan membentuk suatu kumpulan di dalam suatu kelas dengan tugas guru hanya sebagai pembimbing. Selain itu, matlamat di dalam kedua-dua kaedah ini adalah untuk menyelsaikan sesuatu masalah. Akan tetapi, sebenarnya, kedua-dua kaedah amat berbeza dan perkara ini amat penting untuk difahami supaya perbezaan antara kedua kaedah ini dapat dimengertikan. Sekarang mari kita lihat definisi khusus bagi kaedah kolaboratif. Kaedah Pembelajaran Kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang pelajar yang lain. Pembelajaran ini juga menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain (Wan Zah Wan Ali, 2007).
Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Pada tahap definisi ini, mungkin ramai menganggap bahawa kaedah kolaboratif dan koperatif merupakan kaedah yang hampir sama. Namun, mengikut John Myers (1991), pembelajaran koperatif mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran manakala pembelajaran koperatif menegaskan hasil atau produk pembelajaran. Hal ini disokong dengan definisi oleh seorang lagi tokoh iaitu Panitz (1996), ‘Collaboration is a philosophy of interaction and personal lifestyle whereas cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the accompolishment of an end product or goal”. Jelas sekali di sini bahawa Panitz dan Myers telah mengutarakan bahawa pembelajaran kolaboratif mementingkan hubungan di antara ahli kumpulan atau interaksi mereka manakala di dalam pembelajaran koperatif pula mementingkan hasil akhir sesuatu tugasan itu. Selain itu, antara perbezaan dua kaedah ini ialah kaedah pembelajaran kolaboratif mengorganisasi usahasama dan berunding sesama ahli kumpulan tentang peranan masing-masing untuk mengkritik dan membincangkan tugasan manakala di dalam kaedah koperatif pula peranan antara ahli adalah spesifik.
2.2 Definisi kaedah pembelajaran kolaboratif mengikut pandangan sendiri.
Berdasarkan hasil kajian dan analisis yang dilakukan, kesimpulan bagi takrif kaedah pembelajaran kolaboratif ialah suatu pembelajaran berkumpulan yang mempunyai tujuan untuk menyelesaikan suatu masalah bersama-sama dengan menitik beratkan konsep melakukan bersama-sama serta mengamalkan kepentingan hubungan interaksi di dalam ahli kumpulan. Hal ini kerana, sudah jelas bahawa pembelajaran kolaboratif itu sendiri mementingkan hubungan interaksi di antara ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir sesuatu tugasan. Di dalam konteks yang lain dapat dinyatakan bahawa kuantiti amat dititkberatkan dan bukannya kualiti. Jadi, pembelajaran ini mengharapkan agar semua ahli kumpulan bekerjasama di dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan.


2.3  Matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.
Daripada definisi serta konsep yang difahami, terdapat beberapa perkara yang dijadikan matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif
 Prinsip-prinsip kaedah pembelajaran kolaboratif.
Mempunyai semangat kesalingbergantungan yang positif, iaitumeurid-murid tetap percaya bahawa mereka adalah bersama hati ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi semua anggota kumpulan
Kemahiran sosial yang penting serta perlu untuk komunikasi yang berkesan, berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain, dan menguruskan konflik.
Kesedaran akauntabiliti individu, iaitu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggota. Dengan perkataan lain, setiap anggota dikehendaki menyumbangkan kemahiran dengan usaha sepenuhnya untuk menjayakan projek yang dtugaskan
Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran serta kejayaan projek.
 










 Menaksir dan menilai tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif
Banitz (1996), telah mengutarakan pendapatnya di dalam menaksir tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Perkara pertama yang perlu ditaksirkan ialah pengetahuan asas yang diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian masalah. Perkara kedua ialah aplikasi daripada pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Perkara ketiga pula ialah menghubungkaitkan jawapan pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan pelajar akan dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama). Perkara keempat di dalam menilai atau menafsir tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah kebolehan pelajar-pelajar untuk membuat persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari. Akhir sekali, antara pertama yang perlu dikaji di dalam menaksir dan menilai tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini ialah kebolehan pelajar untuk menerangkan alasan bagi setiap idea mereka terhadap ahli kumpulan yang lain. Jika kita lihat di dalam perkara kelima iaitu kebolehan pelajar-pelajar menerangkan alasan bagi setiap idea mereka, ia merupakan konsep utama yang diutarakan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini dan perkara ini perlu dilihat dengan teliti oleh guru-guru.
2.8 Kelebihan Kaedah pembelajaran kolaboratif dan faedahnya kepada guru-guru dan murid-murid.
Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Antara kelebihan yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Seperti mana yang diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif ini, secara tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula bercampur dengan murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini memberikan faedah kepada murid-murid dengan memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap.
      Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang lain. Di dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea akan dikeluarkan oleh setiap ahli kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Di sini, ia memberikan faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang baik.
      Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta memanfaatkan aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan tersebut. Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir. Di dalam perbiuncangan ini, setiap ahli kumpulan bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan secara tidak langsung aktiviti perkongsian maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti perkongsian maklumat ini, pelajar akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung pendekatan konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan sedia ada dilakukan. Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan pengetahuan yang luas kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada murid pula, mereka dapat mengetahui pendapat yang berbeza-beza dan sekaligus memberi pengetahuan yang lebih baik.
      Seterusnya, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan sosial dalam perbincangan berbentuk ilmiah akan dijalankan. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak akan membina sendiri hubungan persahabatan di sekolah, namun kebanyakan aktiviti sosial mereka menjurus ke arah bukan ilmiah seperti bermain semasa rehat, berjalan bersama-sama untuk pergi dan pulang ke sekolah, bermain pada waktu petang bersama rakan-rakan sekelas dan banyak lagi. Akan tetapi di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan aktiviti sosial mereka lebih menjurus ke arah ilmiah. Hal ini adalah penting bagi mereka supaya mereka dapat merasai suasana berbincang di dalam keadaan separa formal. Sudah tentu sewaktu pembelajaran mereka kurang untuk berbincang mengenai perkara-perkara lain selain daripada pelajaran. Hal ini secara langsung memberi mereka gambaran di dalam keadaan perbincangan yang lebih formal seperti mesyuarat apabila mereka bekerja suatu hari nanti. Hal ini seperti di perenggan yang pertama dapat memupuk sikap yakin kepada murid-murid yang terlibat di dalam perbincangan.
      Pemupukan nilai-nilai murni merupakan antara agenda yang penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Antara nilai-nilai murni yang terdapat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah sikap bertanggungjawab, hormat-menghormati, saling menyokong, kesepakatan, bertolak ansur dan percaya kepada setiap ahli kumpulan. Selain itu, sikap berani di dalam mengeluarkan idea juga dapat dipupuk. Di sini, guru-guru mendapat faedahnya kerana melalui kaedah pemebelajaran ini, secara tidak langsung guru-guru dapat mengajar murid-murid mengenai sikap atau nilai-nilai murni yang perlu ada pada murid-murid.
      Selanjutnya, di dalam kaedah pembelajaran ini, para pelajar akan menjadi lebih cenderung untuk berfikiran lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa mendengar pandangan yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan dan daripada sinilah otak mereka akan sentiasa bergerak dan menjana untuk menjadi seorang insan yang lebih kreatif.
       Kaedah pemebelajaran kolaboratif juga adalah sesuatu perkara yang mustahak di dalam mewujudkan kehidupan demokrasi dan kehidupan yang lebih harmoni. Demokrasi dalam kata yang mudahnya, setiap orang akan bebas untuk mengutarakan pendapat mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, di dalam sesetangah kelas terdapat murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Guru yang baik akan mencampurkan mereka supaya setiap ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berlainan bangsa. Melalui kaedah ini, secara tidak langsung, hubungan baik antara kaum akan dapat dieratkan dan mewujudkan suasana yang lebih harmoni.
      Akhir sekali, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, pastinya akan berlaku konflik di antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap pelajar secara tidak langsung, pelajar akan belajar bagaimana untuk menguruskan konflik yang berlaku melalui penyelesaian konflik itu bersama-sama. Di sini, secara tidak langsung murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah di samping menjalankan aktiviti pembelajaran.
2.9 Keburukan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif dan cara penyelesaiannya.
Sudah menjadi lumrah, tiada apa di dunia ini yang sempurna. Setiap perkara ada baik dan buruknya. Begitu juga di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.
      Antara perkara utama yang menjadi persoalan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah setakat mana pelajar memberi sumbangan di dalam perbincangan bersama ahli kumpulan. Hal ini berhubung dengan isu tanggungjawab di dalam kumpulan. Tidak dinafikan sesetengah pelajar akan memikirkan bahawa jika mereka tidak memberi sumbangan di dalam perbincangan, kerja masih akan disiapkan kerana mereka mempunyai ahli kumpulan yang lain, dan perkara ini memang kerap berlaku di dalam kumpulan. Di dalam perkara guru yang bertindak sebagai fasilitator dan penilai terhadap tugasan yang diberikan, guru perlu mengambil tahu perkembangan yang berlaku di dalam setiap ahli kumpulan secara rawak. Sekurang-kurangnya, guru dapat memerhatikan ahli kumpulan mana yang tidak memberi penglibatan yang baik di dalam kumpulan. Jadi, sebagai seorang fasilitator dan pembimbing, tidak salah bagi seorang guru untuk menegur mana-mana ahli kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
      Selain itu, masalah berpuak-puak di dalam kumpulan juga menjadi salah satu keburukan di dalam kaedah pembelajaran ini. Contoh bagi situasi bagi kes ini ialah seperti berikut. Seorang guru telah mebahagikan beberapa kumpulan di dalam sebuah kelas dan menjalankan kaedah pembelajaran kolaboratif. Di dalam sebuah kumpulan terdapat lima ahli. Di dalam kumpulan C, Aminah dan Siti berkawan baik dan bermusuhan dengan Ali dan Abu yang juga berkawan baik. Di dalam perbincangan, Aminah dan Siti telah bertengkar dengan Ali dan Abu yang mempunyai pendirian yang berbeza. Jason yang juga ahli kumpulan itu hanya menjadi pemerhati terhadap situasi tersebut. Di dalam masalah berpuak di dalam kumpulan, terdapat beberapa faktor yang menjadi puncanya, antaranya ialah bangsa, umur, jantina, kenegerian, jantina, minat, dan pelbagai faktor lagi. Dalam permasalahan ini, guru haruslah bijak untuk mengatur kumpulan yang baik dengan menganalisis rantaian hubungan sosial yang baik di dalam sesebuah kelas itu. Akan tetapi, hal ini bukanlah bermaksud guru tidak perlu mencampurkan mereka kerana jika tidak mencampurkan mereka, mereka akan terus berpuak-puak di dalam kelas.
      Selain daripada itu, pertengkaran sesama ahli kumpulan juga akan berlaku di dalam sesebuah kumpulan. Hal ini merupakan masalah biasa yang berlaku di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Masalah ini juga bukan perkara yang perlu ditakutkan oleh seorang guru di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif kerana di dalam sesebuah pertengkaran atau perselisihan faham antara ahli kumpulan, mereka secara tidak langsung akan belajar cara menguruskan konflik mereka. Namun begitu, guru harus memerhati dan mengawasi pergerakan setiap kumpulan supaya pertengkaran tidak akan melarat kepada pergaduhan.
      Akhir sekali, antara masalah yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah kebimbangan masalah penakut akan berlaku terhadap salah seorang ahli kumpulan. Hal ini mungkin berlaku apabila idea dan buah fikiran sseorang ahli kumpulan kerapkali tidak diterima. Sebagai contoh,buah fikiran Hiziq, salah seorang ahli kumpulan C seringkali tidak diterima oleh ahli kumpulan mereka. Hal ini telah menyebabkan Hiziq berasa dipinggirkan dan memikirkan sama ada ahli kumpulan tidak menyukainya atau merasakan buah fikirannya sangat tidak diperlukan di dalam kumpulan itu. Akhir sekali, Hiziq menjadi seorang yang pendiam dan seringkali takut untuk memberikan ideanya. Jadi, berbalik kepada konsep kolaboratif iaitu tidak mementingkan hasil akhir tugasan sebaliknya hubungan interaksi, guru-guru hendaklah membimbing setiap kumpulan bahawa sentiasa berusaha untuk menghargai idea setiap ahli kumpulan yang baik. Selain itu, guru-guru juga harus membimbing murid-murid cara-cara untuk menafikan pendapat orang lain namun dalam keadaan yang lebih sopan sebelum memulakan aktiviti kolaboratif.

2.10              Aplikasi kaedah pembelajaran koperatif di dalam kelas.
Pertama sekali, setiap guru yang bertingdak sebagai fasilitator atau pembimbing sewaktu pembelajaran kolaboratif berlaku, perlulah membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut faktor-faktor yang sesuai seperti saiz kumpulan dan ahli-ahli di dalam kumpulan.  Beberapa faktor perlulah dititikberatkan seperti percampuran jantina, minat, rantaian hubungan sosial di dalam kelas, kaum, dan lain-lain. Hal ini untuk membina hubungan yang lebih baik di dalam kelas. Konflik yang berlaku di dalam kumpulan akan menjadikan mereka lebih matang di dalam menyelesaiakan sesuatu konflik.
            Guru perlulah menerangkan tugasan atau permasalahan yang perlu dibincangkan di dalam kumpulan. Seterusnya, guru perlulah menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti jika diperlukan.
            Selanjutnya, guru perlu menegaskan setiap anggota di dalam kumpulan akan sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti masing-masing. Penglibatan setiap pelajar adalah penting untuk menjayakan kaedah pembelajaran kolaboratif ini.
            Seterusnya, guru sebagai pembimbing perlulah sentiasa mengingatkan murid-murid akan harga sebuah kejayaan bersama-sama. Hal ini berbalik kepada konsep utama kaedah pembelajaran kolaboratif iaitu hubungan interaksi sosial di dalam kumpulan. Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa memantau pergerakan setiap kumpulan di dalam kelas. Selain daripada untuk kegunaan menaksir atau menilai tugasan yang diberikan, guru juga perlu sentiasa memantau untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
3.0 Pengajaran Mikro (komponen penerangan)
3.1 Komponen Penerangan.
Pengajaran mikro dihuraikan sebagai suatu sistem kawalan praktis dengan tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan berlatih supaya mengajar dalam situasi terkawal (Allen dan Eve,1968). Cooper dan Allen (1980) pula menerangkan bahawa pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang dikurangkan daripada segi masa dan bilangan pelajar iaitu 4-20 minit dengan 3-10 orang pelajar. Pengajaran ini merupakan suatu sesi pengajaran berbentuk latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran mikro ini diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal-bakal guru.
Komponen penerangan merupakan salah satu daripada komponen yang terdapat di dalam pengajaran mikro. Komponen menerang merupakan suatu kemahiran memberi kefahaman kepada pelajar. Keupayaan menyampaikan sesuatu secara logik dan jelas penting bagi seorang guru. Rasionalnya di sini, kita harus memikirkan bahawa sekiranya guru tidak memahami apa yang diajarkan oleh guru, maka seolah-olah murid-murid tidak mengajar di dalam kelas itu. Perkara yang paling penting bagi guru di dalam komponen ini ialah memikirkan cara terbaik untuk memberi kefahaman kepada murid-murid.
Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi di dalam komponen penerangan iaiatu:
1.    Perancangan bentuk penerangan yang sesuai
2.    Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu
3.    Jangka masa menerang yang sesuai
4.    Pemeringkatan dan penyusunan idea
5.    Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan ayat) yang sesuai
6.    Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui.
7.    Berkait rapat dengan objektif
8.    Respons daripada pelajar

12 comments:

  1. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ilmu..izinkan saya mengambil beberapa sedutan drpd teks ini.

    ReplyDelete
  2. syukran....mohon share untuk kajian dan seminar

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak..buleh share tentang struktur pembelajaran kooperatif...tekniknya

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...penjelasan yang jelas..mohon untuk copy dan share dengan rakan guru lain.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih...penjelasan yang jelas..mohon untuk copy dan share dengan rakan guru lain.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih. Mohon untuk menggunakan maklumat bagi tujuan perkongsian

    ReplyDelete
  8. terima kasihh..maklumat yang amat membantu

    ReplyDelete
  9. terima kasihh..maklumat yang amat membantu

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. Mohon utk dibuat perkongsian.

    ReplyDelete